Rabu, 26 November 2008

Pergaulan Bebas Penyumbang Jenayah


http://syahiranmuhd.blogspot.com/



Hampir setiap hari, berita-berita media melaporkan kes-kes atau isu-isu yang melibat masalah anak-anak muda dalam Negara ini. Kes yang paling banyak yang di siarkan seperti kes bersekedudukan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, pembuangan anak luar nikah, rogol, dan kes ditangkap khalwat.

Sebenarnya banyak lagi kes-kes yang melibatkan anak muda ini tetapi kes-kes diatas adalah yang paling ketara. Dalam hal ini timbul persoalan, mengapa perkara ini berlaku sedangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai acuan untuk membentuk seorang individu yang berguna kepada Negara seperti PLKN, program-program kemasyarakatan, program kokurikulum di setiap sekolah dan institusi dan meningkatkan taraf kualiti guru-guru.


Jika diandaikan seorang yang kaya, kacak atau cantik, kaya dan mempunyai pelbagai kenderaan yang mewah-mewah dan besar-besar tetapi malangnya beliau tidak pernah mengisi minyak kedalam kenderaan beliau, hasilnya sama sahaja iaitu kereta tersebut bagaikan barang perhiasan yang tidak boleh digunakan atas alasan aku seorang yang cukup sifat dan berada.

Begitulah kita walau apa pun bentuk pendidikan yang hendak digunakan, jika tidak diisi dengan panduan-panduan yang telah di tetapkan oleh Islam, namun janganlah bermimpi untuk melihat hasilnya kerana agama Islam merupakan agama yang lengkap dengan pelbagai perkara sesuai digunakan dalam apa-apa situasi.

Masalah gajala seperti yang dinyatakan diatas tadi semuanya berpunca daripada pergaulan yang berlainan jantina yang bebas sehinggakan dipandang remeh oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Bila ditanya kepada mereka yang pernah terjebak dengan perkara-perkara tersebut ia bermula dengan keinginan seorang anak muda yang masih segar dan kuat ini untuk mencuba perkara-perkara yang baru ataupun meniru adegan-adegan daripada media barat “yang dibawa masuk oleh media tempatan” dengan masing-masing ingin mempunyai pasangan yang cantik-cantik,yang macho-macho,yang ada kenderaan ber”Class”, ataupun yang pandai mengambil hati.

Daripada itu mula-mula menjeling-jeling,seterusnya mintak nombor telefon, selepas itu mula ajak jumpa “saya berlanja”,kemudian berputik la cinta suci(mulanya) lama-kelamaan semakin ikatan cinta semakin erat sampaila ditahap berasmara ditempat gelap, nak kawin tak ada kerja dan duit lalu bedal lah diluar nikah, bila wujud orang ketiga, mula lah gelisah saling salah-menyalahi lalu berlakulah pelbagai kes dan jenayah.

Olehyangdemikian, semua pihak tak kira sesiapa sahaja,perlu member perhatian yang penuh terhadap masalah pergaulan bebas ini, bermula di peringkat institusi pendidikan rendah lagi. Disetiap sekolah hendaklah mengasingkan pelajar-pelajar tidak kira dimana sahaja, jika diasingkan sekolah lebih baik. Kerana sekolah bukan setakat tempat untuk member ilmu tetapi memberi pendidikan atau tarbiah mengikut Islam kepada pelajar-pelajar kerana disini lah tempat untuk memdidik untuk menjadi masyarakat bermaruah nanti.


 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.