Selasa, 22 Disember 2009

Hijrah & Generasi Muda


Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut awal Muharam dimana dalam bulan ini menyaksikan kisah sepanjang pengHijrahan Baginda Muhammad Rasulullah SAW dan Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat menyambut lagi bulan yang tersingkap sejuta penghayatan dan pegajaran kepada umat Islam seluruhnya.

Kepada generasi muda dizaman ini, banyak yang boleh diambil pengajaran dalam peristiwa Hijrah ini. Kita boleh mengambil semangat Saidina Ali RA yang ketika itu masih muda remaja sudah mempunyai semangat pengorbanan, beliau sanggup menyamar sebagai Rasulullah dengan menggantikan baginda ditempat tidurnya.

Bagaimanakan perasaan beliau pada masa itu? mengapa beliau sanggup menanggung risiko dengan menambil tindakan sedemikian dikala rumah tempat persembunyian mereka sedang dikepung oleh tentera Quraisy? Jawapan-nya ialah kekuatan Iman dan Aqidah yahni kepercayaan baliau akan kebenaran Islam yang bisampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Selain itu juga pengorbanan para sahabat yang boleh di ambil seperti perstiwa digua Thur dimana Baginda dan Saidini Abu Bakar Assidiq sedang bersembunyi. Semasa tidur, kaki Abu Bakar di patuk ular, tetapi beliau terpaksa menahan kesakitan kerana takut menyedarkan baginda yang sedang tidur.

Bagitu sayangnya beliau kepada baginda sehingga kan sanggup menahan kesakitan yang begitu menyiksakan yang sangat berbisa.

Islam itu bersaudara, itulah yang dilakukan oleh baginda ketika sampai di Madinah, baginda dan rombongan disambut oleh mereka disama. Baginda mempersaudarakan antara orang Mekkah dan Madinah atau yang kita selalu sebut Muhajirin dan Ansar. Selepas mempersaudarakan, mereka dibawa oleh keluarga masing-masing kerumah. Mereka dijamu dengan makanan yang banyak dan ada juga yang sanggup ceraikan isteri untuk memberi kepada saudaranya.

Inilah rahmat yang diberi Allah diatas pengorbanan mereka dengan meninggalkan segala harta-benda dan isteri dan anak-pinak. Namun dengan niat yang ikhlas ingin berhijrah kerana Islam, mereka menolak kesemua pelawaan tersebut.

Pengorbana, kasih-sayang, persudaraan dan banyak lagi pengajaran dan sifat yang boleh dicontohi oleh generasi muda hari ini dalam menjana sebuah masyarakat yang bertaqwa yang menjadikan kisah-kisah teladan sebagai gambaran atau "Guideline" kepada kita.

Semoga Hijrah pada tahun ini, merupakan permulaan kepada kemunculan sebuah generasi harapan umat Islam yang akan membawa imej kekuatan Islam itu keseluruh dunia.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Setiausaha PPIK Pusat


Khamis, 17 Disember 2009

Perlunya Memupuk Budaya Rekacipta Dalam Masyarakat


Budaya rekacipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian yang khusus. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu merasakan bahawa amalan merekacipta bukan budaya mereka. Oleh kerana inilah, pada masa kini kita dianggap sebagai satu masyarakat pengguna, iaitu satu masyarakat yang hanya pandai mengguna ciptaan orang lain dan bukanlah masyarakat yang menghasilkan sesuatu ciptaan. Namun sebenarnya, tanggapan bahawa budaya rekacipta bukan budaya masyarakat Melayu juga adalah salah.
Cuba perhatikan masyarakat Melayu dahulu yang bijak mencipta pantun, peribahasa, syair dan pandai pula membina rumah mengikut keadaan cuaca di negara ini. Bukankah ini juga satu perbuatan merekacipta yang boleh dikatakan tinggi nilainya? Oleh itu, menidakkan budaya rekacipta dalam masyarakat kita juga adalah tidak benar. Dari sudut pandangan hidup Islam pula, kegiatan merekacipta adalah amat mudah difahami. Apa yang perlu diingat oleh setiap Muslim, rekacipta adalah sifat dan hak mutlak Maha Pencipta yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Di dalam al-Quran seringkali kita menemukan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa sifat Maha Pencipta, misalnya surah al-An'am: ayat 101 & 102 dan surah Yaasiin: ayat 81.

Sebagai hamba-Nya pula, kita perlu memahami bahawa sesuai dengan kejadian dan tanggungjawab yang diberikan kepada manusia, manusia berpegang kepada amanah untuk menjaga dan memakmurkan bumi. Oleh itu, apa-apa usaha untuk menambah baik kehidupan manusia di samping memelihara ciptaan-Nya adalah dituntut. Dengan itu, rekacipta bagi manusia adalah wajar dan dengan itu manusia dianugerahkan akal atau kemampuan untuk memikirkan rekacipta tertentu. Dalam hal ini, sikap pereka cipta yang merasakan bahawa hasil rekaciptanya adalah yang terbaik dan paling sempurna adalah bercanggah dengan pandangan hidup Islam.

Lanjutan itu juga, setiap Muslim digalakkan untuk memelihara daya rekacipta yang dianugerahkan Tuhan. Galakan ini tidak bermakna kita cuba meniru atau mengambilalih peranan Maha Pencipta tetapi lebih kepada satu galakan untuk meneroka dan meningkatkan kemampuan diri untuk kebaikan semua termasuk diri, manusia lain serta makhluk dan alam keseluruhannya. Oleh itu, apa-apa hasil rekacipta manusia haruslah bermatlamatkan kesejahteraan untuk semua.

Dalam membicarakan matlamat rekacipta, iaitu kesejahteraan untuk semua, apakah pula kepentingan rekacipta kepada masyarakat? Terdapat sekurang-kurangnya tiga kepentingan rekacipta dalam masyarakat. Pertama, selalunya (namun bukan setiap masa) kegiatan rekacipta bermula dengan satu masalah. Hasil rekacipta dibuat untuk menyelesaikan satu masalah yang dihadapi. Oleh itu, dengan adanya rekacipta, kita boleh membantu menyelesaikan sesetengah masalah yang wujud dalam masyarakat. Perlulah diingatkan di sini bahawa rekacipta tidak melibatkan barangan semata-mata. Cetusan pemikiran yang baru juga adalah dianggap sebagai hasil rekacipta. Oleh itu, kedua-dua barangan atau cetusan pemikiran ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat.

Keduanya, jika budaya rekacipta menjadi kebiasaan dalam masyarakat, maka akan terciptalah lebih banyak pemikiran atau barangan yang berasaskan keadaan dan budaya masyarakat kita. Perlulah kita ingat bahawa ciptaan-ciptaan yang dihasilkan di dunia Barat itu adalah berasaskan budaya dan cara hidup mereka. Kadang-kala, apabila kita membawanya ke sini, ia tidak begitu sesuai digunakan kerana budaya dan cara hidup mereka yang berbeza. Oleh itu, rekacipta oleh rakyat tempatan adalah penting agar hasil rekacipta itu mencerminkan nafas budaya dan cara hidup masyarakat kita.

Ketiganya, rekacipta juga sangat penting jika kita ingin menjadi sebuah negara yang maju. Ini kerana untuk menjadi negara maju, kita tidak boleh sentiasa meniru dan menggunakan hasil rekacipta dari negara maju yang lain. Jika ini berlaku, maknanya, kita sedang meniru bulat-bulat gaya kemajuan negara lain. Peniruan dan penggunaan hasil rekacipta mungkin hanya sesuai dipermulaan pembangunan sesebuah negara. Namun, pada tahap seterusnya, sesebuah negara itu sudah sepatutnya mempunyai budaya rekacipta tempatan yang kukuh dan dengan itu terhasillah lebih banyak hasil rekacipta rakyat tempatan.

Inilah yang sebenarnya berlaku di negara Jepun. Pada awal pembangunannya, masyarakat negara matahari terbit ini sememangnya gemar meniru lalu menambahbaik barangan atau idea daripada Amerika Syarikat. Hinggakan pada ketika itu, tiada yang memandang tinggi barangan Jepun. Barangan mereka dianggap bermutu rendah. Namun kini, keadaan nyata berbeza. Di mana-mana sahaja, barangan dan teknologi Jepun digunakan dan dianggap antara yang terbaik di dunia.

Berdasarkan apa yang disebutkan di atas, jelas bahawa rekacipta adalah penting dalam masyarakat. Namun, kenapakah kegiatan rekacipta ini tidak begitu menyerlah dalam masyarakat Malaysia? Pada pendangan penulis, berlakunya kekeliruan dan salahfaham masyarakat terhadap amalan merekacipta ini. Antara kekeliruan tersebut adalah kebanyakan daripada kita amat takut dengan perkataan rekacipta itu. Mungkin kita sering merasakan bahawa rekacipta adalah seolah-olah bid'ah. Pandangan sebegini mungkin telah ditanam dalam pemikiran kita yang tidak menggalakkan budaya rekacipta dalam kerja dan hanya mahu kita menurut kata-kata mereka yang dikatakan bijak-pandai.

Selain itu, kita juga sering merasakan bahawa rekacipta ini semestinyalah melibatkan ciptaan yang canggih. Misalnya, kalau seseorang itu dapat mencipta kereta, kapal terbang, penghawa dingin, kamera dan sebagainya, barulah ini dikatakan sebagai hasil rekacipta. Tetapi jika kita hanya berjaya mencipta pin, pen atau butang, maka ini bukan dinamakan sebagai hasil rekacipta. Sebenarnya, pandangan sebegini adalah salah sama sekali. Seperti yang telah disebutkan di awal tadi, rekacipta melibatkan penghasilan barangan atau cetusan pemikiran. Oleh itu, tidak kira besar atau kecil, canggih atau tidak, jika barangan atau cetusan pemikiran itu bermanfaat kepada manusia maka inilah yang dinamakan sebagai reka cipta.

Kebanyakan ahli masyarakat juga berpandangan bahawa untuk mencipta sesuatu, kita haruslah mempunyai pengetahuan mendalam dalam sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, ini adalah satu pandangan yang tidak tepat. Rekacipta adalah satu bidang yang menggabungkan pelbagai sains termasuklah teknologi. Namun, bidang sains dan teknologi bukanlah satu-satunya bidang yang kaya dengan rekacipta. Rekacipta juga boleh berlaku dalam pelbagai bidang seperti sastera, ekonomi, seni, bahasa dan sebagainya.

Selain itu, kita juga sering menganggap bahawa rekacipta hanya boleh berlaku jika kita mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang. Dengan kata lain, seorang perekacipta mestilah seseorang yang pakar dalam bidang itu. Ini juga merupakan satu pandangan yang tidak bernas. Kenyataannya, walaupun kepakaran penting, namun ini tidak bermakna orang biasa atau ahli masyarakat umum tidak boleh menghasilkan sesuatu bahan rekacipta yang baru.

Sebenarnya terdapat ramai perekacipta terdiri daripada orang biasa yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Misalnya, Thomas Edison, pencipta mentol lampu (light bulb). Semasa kecilnya, beliau sering dimarah dan dianggap oleh gurunya sebagai pelajar yang keliru. Alexander Graham Bell (pencipta telefon) pula, telah meninggalkan sekolah pada usia 15 tahun. Malah tiada yang menarik di dalam rekod sekolahnya. Apa yang banyak dicatatkan dalam rekod tersebut hanyalah catatan ketidakhadirannya ke sekolah dan keputusan peperiksaan yang tidak menarik. Malah, Albert Einstien yang terkenal itu juga seorang yang tidak pandai dalam matematik semasa di sekolah. Oleh itu, kepakaran atau pendidikan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan menjadi pereka cipta yang hebat. Dalam hal ini, pandangan masyarakat perlu diubah agar budaya rekacipta menjadi satu yang biasa dalam kehidupan masyarakat kita.

Kesimpulannya, rekacipta adalah sangat penting dalam masyarakat dan perlu dipupuk. Usaha pemupukan ini hendaklah dimulakan dari usia kecil. Anak-anak boleh digalakkan untuk meneroka dan menghasilkan sesuatu dan tugas ini meliputi tugas ibu bapa, guru, kerajaan dan ahli masyarakat keseluruhannya. Dalam usaha menanamkan budaya rekacipta ini, kita juga perlu memberikan perhatian terhadap sebab seseorang itu merekacipta sesuatu. Anak-anak perlu disedarkan bahawa rekacipta tidak sewajarnya didorong oleh kekayaan (duit) tetapi yang lebih penting semangat sesuatu rekacipta itu hendaklah didasarkan kepada rasa ‘cinta'. Dengan kata lain, merekacipta sesuatu untuk membantu orang lain dan ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua perekacipta di luar sana.


 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.