Sabtu, 27 Februari 2010

SEKS dan Generasi Muda


Seks ialah anugerah Allah yang menjadi sifat azali kepada manusia sebagai salahsatu nikmat dan juga sebagai untuk menambah zuriat dan keturunan. Tetapi ia perlu melalui saluran yang betul dan terbatas kepada merea yang layak sahaja.

Sebagaimana Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :-
Justify Full
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Dan juga firmah Allah yang bermaksud :-

Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

Pengaruh seks sudah begitu luas dan ada yang beranggapan ia sudah menjadi kebiasaan kepada segelintir generasi muda kini. Jika kita melihat masalah yang berlaku dalam kalangan remaja sekarang cukup membimbingkan, ada yang sudah biasa bersedudukan dengan teman yang berlainan jenis dan selalu melakukan perhubungan di luar nikah.

Ini kerana proses penyebaran cukup hebat dengan pelbagai cara dan yang paling ketara ialah daripada media. Jika kita perhatikan dalam televisyen, banyak ditayangkan filem-filem barat yang menayangkan adegan-adegan yang tidak bermoral seperti adegan bercumbuan. Namun ia diikuti oleh filem-filem tempatan biar pun tidak sehebat filem barat titapi unsur-unsur seks itu tetap di hidangkan agar ia boleh menarik penonton dan yang paling biasa ialah dari segi pakaian yang menjolok mata.

Selain TV, saluran media cetak juga turut berperanan dalam menyebaran virus moral ini dengan mewujudkan pelbagai jenis majalah hiburan yang di keluarkan dengan menyelitkan wajah-wajah artis dari barat dan tempatan dengan pakaian tidak lengakap dan berpegagan antara lelaki dan perempuan.

Internet juga antara penyumbang akan gejala ini, dengan berhubung tanpa batasan, kita dapat melayari beberapa laman yang disediakan khas untuk gambar dan video lucah yang dilayari oleh semua peringkat umur.

Masalah seks yang berlaku sekarang bukan hanya berlaku ketas remaja, malah adik-adik di bangku persekolahan menengah dan redah turut terjebak ada yang sampai tidur bersama dan membuat "oral seks" dalam kelas malah yang paling mejijikan lagi dirakam adegan itu dan disimpan atau di sebarkan dengan menggunakan MMS (mesej bergambar).

Selain pelajar sekolah, bayi dan anak-anak kecil turut menjadi mangsa kepada mereka yang "Gila Seks". Ini kera mereka tidak mampu untuk merogol gadis-gadis dan mengabil jalan mudah mencarai kanak-kanak sebagai pemuas nafsunya seperti kes Nurin Jazlin dan beberapa kes yang melibatkan bayi sehinggkan ada yang menemui ajal.

Begitulah senario yang kita boleh lihat dalam negara ini yang berkaitan dengan pengaruh Seks yang tidak bertempat ini dan hasilnya timbullah isu pembungan bayi yang sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi dan ini mengambarkan sifat manusia yang berfikiran cetek dan sudah hilang sifat kemusiaan itu sehiggakan ada yang sanggup membakar bayi kerana tidak mahu di syaki oleh pihak berkuasa.

Selain itu pendidikan seks yang di jalankan sekolah sekarang turut menjadi penyumbang kepada pengaruh ini kerana pendidikan ini memberi pendedahan tentang sistem perhubungan serta cara-cara membuat seks yang selamat. Ini akan menambahkan lagi barah dalam masyarakat tambahan pula pendidikan ini diambil dari negara-negara non-muslim yang tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan yang turut bermasalah dalam isu ini.

Semua ini berpunca daripada salah satu cara penyebaran virus pemikiran kepada umat Islam iaitu dengan mendedahkan seks ini kesemua peringkat sebagai mana Israel pernah menyebarkan CD lucah kepada sebahagian penduduk Palestin yang menyebabkan rakyatnya leka dan lemah untuk mempertahan kan tanah air sehingglah terbinanya sebuah negara Israel.

Gejala ini harus di ambil perhatian oleh semua pihak dan di teliti punca dan tujuannya agar ia dapat disekat. Dalam negara ini yang memegang pihak berkuasa adalah orang Islam, jadi tidak menjadi masalah untuk menyekat hal ini akan tetapi ada sebahagian pihak ini sudah dikuasai pemikiran nya dengan pemikiran Sekular yang memisah kan agama dengan kehidupan.

Meraka ini tidak menitik beratkan agama malah meringan-ringan kan lagi hukum Islam melalui Fiqih. Ini juga menjadi masalah dalam proses pembanteras pengruh seks terus menular kedalam pemikiran rakyat Islam di Malaysia ini dan mereka yang sedar akan perkara ini agar dapat memikiran usaha untuk menjekatnya dengan terus memberi pemahaman tentang ajaran ISlam yang sempurna ini melalui pelbagai cara seperti Media cetak atau lain-lain.


pengaruh yang begitu kuat sehingga tiada sifai Malu


pendidikan seks

Pembuangan Bayi


Mohd Syahiran Bin Muhammad
Setiausaha Agung PPIK


Selasa, 22 Disember 2009

Hijrah & Generasi Muda


Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut awal Muharam dimana dalam bulan ini menyaksikan kisah sepanjang pengHijrahan Baginda Muhammad Rasulullah SAW dan Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat menyambut lagi bulan yang tersingkap sejuta penghayatan dan pegajaran kepada umat Islam seluruhnya.

Kepada generasi muda dizaman ini, banyak yang boleh diambil pengajaran dalam peristiwa Hijrah ini. Kita boleh mengambil semangat Saidina Ali RA yang ketika itu masih muda remaja sudah mempunyai semangat pengorbanan, beliau sanggup menyamar sebagai Rasulullah dengan menggantikan baginda ditempat tidurnya.

Bagaimanakan perasaan beliau pada masa itu? mengapa beliau sanggup menanggung risiko dengan menambil tindakan sedemikian dikala rumah tempat persembunyian mereka sedang dikepung oleh tentera Quraisy? Jawapan-nya ialah kekuatan Iman dan Aqidah yahni kepercayaan baliau akan kebenaran Islam yang bisampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Selain itu juga pengorbanan para sahabat yang boleh di ambil seperti perstiwa digua Thur dimana Baginda dan Saidini Abu Bakar Assidiq sedang bersembunyi. Semasa tidur, kaki Abu Bakar di patuk ular, tetapi beliau terpaksa menahan kesakitan kerana takut menyedarkan baginda yang sedang tidur.

Bagitu sayangnya beliau kepada baginda sehingga kan sanggup menahan kesakitan yang begitu menyiksakan yang sangat berbisa.

Islam itu bersaudara, itulah yang dilakukan oleh baginda ketika sampai di Madinah, baginda dan rombongan disambut oleh mereka disama. Baginda mempersaudarakan antara orang Mekkah dan Madinah atau yang kita selalu sebut Muhajirin dan Ansar. Selepas mempersaudarakan, mereka dibawa oleh keluarga masing-masing kerumah. Mereka dijamu dengan makanan yang banyak dan ada juga yang sanggup ceraikan isteri untuk memberi kepada saudaranya.

Inilah rahmat yang diberi Allah diatas pengorbanan mereka dengan meninggalkan segala harta-benda dan isteri dan anak-pinak. Namun dengan niat yang ikhlas ingin berhijrah kerana Islam, mereka menolak kesemua pelawaan tersebut.

Pengorbana, kasih-sayang, persudaraan dan banyak lagi pengajaran dan sifat yang boleh dicontohi oleh generasi muda hari ini dalam menjana sebuah masyarakat yang bertaqwa yang menjadikan kisah-kisah teladan sebagai gambaran atau "Guideline" kepada kita.

Semoga Hijrah pada tahun ini, merupakan permulaan kepada kemunculan sebuah generasi harapan umat Islam yang akan membawa imej kekuatan Islam itu keseluruh dunia.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Setiausaha PPIK Pusat


Rabu, 21 Oktober 2009

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan




Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteridan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.


Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,“Section 4. Cash payment by the Corporation.In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM

Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed

Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.

Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.

Memahami Kekeliruan

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144

Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.

Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144

Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri

Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)

Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.

Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.

Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.

Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA

Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

  • Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
  • Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
  • Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
  • Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

  • Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
  • Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
  • Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
  • Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
  • Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess

Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

  • A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
  • B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS

Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

  • Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
  • Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
  • B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.

Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.

Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan

Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu

JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.

Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

  • Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
  • Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.

Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.

Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.

Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.

(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

DSC_0379

Janganlah Kita Jadi dayus Macam Mustapha Mohamed – Foto Ehsan LanJan

http://kickdefella.wordpress.com/



Ahad, 27 September 2009

Perutusan Suara Muda Kelantan Sempena Aidifitri


Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah sama-sama kita mengucap sykur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi hidayat kepada kita semua dalam terus mempercayai bahawa Islam adalah suatu agama yang merrangkumi seluruh kehidupan dan sykur juga kepada illahi kerana pada tahun ini kita diberi keizinan untuk melaksanakan ibadat selama sebulan dalam madrasah Ramadhan.

Ucapan tahian kepada kita semua kerana telah Berjaya mengharugi disiplin dan pembelajaran sepanjang berada didalam madrasah Ramadhan tahun ini dan soal keberkesanan dan praktikal daripada hasil pembelajaran tersebut, terpulang kepada kita semua bagaimana anda melaksanakan ibadah dan juga menjaga disiplin didalam bulan yang mulia tersebut.


Tanda syukur juga dipanjatkan kehadrat illahi kerana selepas sebulan menjalakan ibadah, diberi pula nikmat dalam bulan Syawal yang disebut sebagai Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana maksud firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat ke 185 : “ Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (di bulan Ramadhan ) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (bila berhari raya) kerana Allah berikan hidayat kepada kamu”.

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu “bonus” daripada Allah SWT keatas mereka yang melaksanakan ibadah dibulan Ramadhan, dimana kita menahan daripada memakan harta banda sendiri serta anggotan badan dari melakukan perkara yang melanggar agama Islam. Bila tiba dihari raya, kita dibenarkan makan, minum serta berseronok dengan rakan,teman dan sanak-saudara. Ini merukan nikmat yang tidak dirasai oleh mereka yang tidak melaksanakan syarat-syarat dalam bulan Ramadhan.

Di Hari Raya Aidilfitri juga merupakan hari yang mengembalikan kita kepada fitrah asal manusia, yang sukakan kecantikan, kebersihan, tolong-menolong serta cintakan kedamaian dan persudaraan. Inilah yang ditekankan oleh Islam yang melihat umat Islam pada hari ini melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah khas nya ajaran Islam. Mereka berpecah belah, dengan menubuhkan kumpulan masing-masing yang saling bersaing untuk mendapatkan nama dihati masyarakat ataupaun untuk mengangkat mazhab masing-masing.

Generasi muda, perlu mengambil peluang di Aidilfitri ini dalam memangkin penyatuan umat Islam bermula kita di alam Melayu ini mempersatukan kembali seluruh kita orang Melayu yang beragama Islam. Dengan izin Allah jika ia terlaksana, ia akan berakar keseluruh dunia dengan menyatukan seluruh Umat Islam yang masih berpegang dengan Dua Kalimah Syahadat.

Akhir sekali, dalam berseronok di Hari Raya Aidilfitri ini, jangan kita melanggar batasan serta garis panduan yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Rasulullah selalu membacakan dua surah di dalam Solat Sunat idil Fitri iaitu surah Qaaf dan Qamar, dimana kedua-dua surah ini merupakan gambaran dihari Qiamat dan sekaligus ia membawa erti segala nikmat didunia ini pasti akan dipersoal dan akan dikenakan balasan.

Saya mewakili pimpinan serta seluruh warga Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri amnya kepada seluruh umat Islam tidak kita dimana anda berada dan khasnya kepada sahabat-sahabat pelajar Islam tidak kita diperingkat rendah, menengah mahupun yang bergelar mahasiswa di dalam serta di lura negara seluruh anak Kelantan yang berada diperantauan… Salam Aidilfitri….

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung
merangkap Pengerusi Perhubungan Pelajar PPIK


Jumaat, 10 Julai 2009

Ucapan Penghargaan Kepada Sinar Harian



Pihak Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan memberi selakung penghargaan kepada pihak media dari Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan,melalui wartawan Hazelenliana Kamaruddin, kerana sudi mengeluarkan berita pada 22Jun 2009, tentang Majlis Konvensyen Pelajar Islam Kelantan ke-10/2009 (KPIK10) yang diadakan pada 20 Jun 2009.


Diharap kerjsama ini akan berterusan dalam meengetengahkan pelbagai lagi isu-isu yang berkaitan dengan usaha pembangunan manusia dalam membina sebuah generasi baru dalam umat Islam khususnya di Malaysia didalam menonjolkan kembali keunggulan generasi yang dididik berteraskan panduan Islam.

Terima KAsih juga kepada saudara Abdullah (Abg Loh) kerana sudi menghantar Imej keratan akhbar ini kepada PPIK Pusat.

Sekian,
Meneladani Ukhuwwah, Membina Personaliti


MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung,
Persatuan Pembimbing Pelajar ISlam Kelantan (PPIK.)


Khamis, 2 Julai 2009

Video KPIK 10 dan Resolusi KPIK Kali Ke 10




RESOLUSI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 (KPIK10)

Berikut merupakan Resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Pelajar Islam Kali ke-10 bertempat di Hotel MGU Kota Bharu.


Menyedari kepentingan pelajar islam meneladani qudwah terpilih dan personaliti unggul dalam dunia yang serba moden.

Menginsafi betapa dunia globalisasi yang kini semakin dominan sedang menjalar bersama timbunan masalah social dan budaya asing yang mencabut akarumbi dan jatidiri pelajar-pelajar Islam.

Menginsafi bahawa kepimpinan dan ketrampilan pelajar-pelajar Islam disemua peringkat perlu diberi ruang dan perhatian yang wajar.

Menyelami hakikat bahawa potensi dan kualiti pelajar-pelajar Islam harus dipupuk dan digilap selaras dengan keperluan semasa :



MAKA DENGAN INI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 20.6.09, BERTEMPAT DI HOTEL MGU KOTA BHARU YANG DIHADIRI SERAMAI 300 ORANG PESERTA DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA :

1.Merealisasikan penubuhan alumni konvensyen pelajar islam Kelantan.

2.Memperbanyakkan kerjasama, usahasama dan hubungan strategi dengan sekolah-sekolah di Kelantan bagi memantapkan aktivtiti-aktiviti bercorak peningkatan minda, pembentukan jatidiri dan syakhsiah dan kepimpinan pelajar Islam.

3.Memperhebatkan program –program penonjolan personaliti unggul dari kalangan tokoh-tokoh Islam untuk pembinaan qudwah di kalangan pelajar muslim.


Alumni Konvensyen Pelajar Islam Kelantan
Persatuan pembimbing Pelajar Islam Kelantan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia


Isnin, 29 Jun 2009

SUA : Selamat Bergelar Mahasiswa.


Musim kemasukan IPT sudah bermula dan tidak kira lah IPTA atau IPTS, sesak dengan anak-anak muda yang baru sahaja melangkah ke alam Mahasiswa semasa sesi pendaftaran. Situasi ini juga berlaku kepada adik-adik dan teman-teman lepasan SPM,STAM,STPM yang sebelum ini bergiat dalam Skuad Sukarelawan Remaja (SSR) dan juga Alumni SRI Al-Hikmah,ABIM(ASPIRASI).


Sekalung tahiah kami dari PPIK ucapkan kepada anda yang telah berjaya melangkah kesatu alam baru dimana ini lah merupakan pintu perantaraan zaman persekolahan kepada zaman yang akan memberi pendedahan akan dunia sebenar hari ini.

Alam IPT bukan seperti di alam sersekolahan dahulu, seperti apa yang jelas perbezaannya ialah dari segi pemakaian kek kelas yang tidak ditentukan atau tidak ketat atikanya.Akan tetapi perbezaan sebenar ialah anda semua sudah berada berjauhan dari keluarga, dan pada masa ini lah anda akan di uji baik buruk sesuatu perkara, apa-apa yang dilakukan tidak ada yang menghalang kecuali mencari teman yang baik dan salng mengingati antara satu sama lain.

Selain itu, apa uang boleh membimbing anda semasa disana ialah persatuan atau pun jemaah sebaimana sabda Rasul : Sabaik-baik kamu adalah yang berada didalam kumpulan (kumpulan yang menjalankan keja dakwah). Jadi amat berbesar hati jika anda dapat bersama dengan kumpulan-kumpulan itu yang akan membimbing anda.

Doa dan harapan kami disini agar adik-adik SSR dan ASPIRASI dapat menjaga diri daripada apa yang telah dipelajari sepanjang menjadi ahli SSR dan ASPIRASI, jika ada apa masalah, ruang kami sentaisa terbukan untuk anda.

Jadilah seorang yang terbaik di kampus, ingatlah matlamat dan perjuangan anda sebagai seorang Islam .

wassalam..

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung PPIK




Jumaat, 19 Jun 2009

Pertahankan Institusi Ulamak.



Ulamak selalunya disandarkan kepada orang alim atau orang yang pakar dalam bidang agama Islam, akan tetapi sebenarnya ulamak ini boleh juga di kaitkan dengan seseorang yang pakar dalam bidang “professional” tetapi menjurus kepada konsep atau kearah mendaulatkan Islam melalui kemahiran yang dimiliki.


Akhir-akhir ini institusi ulamak sudah luntur dari segi penghormatan mereka didalam masyarakat. Banyak isu-isu yang di putuskan oleh ulamak sudah berani dicabar atau ditakwil oleh pelbagai pihak seperti isu fatwa, dimana ulamak yang dikenali sebagai mufti telah bersidang untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan Aqidah umat Islam. Seperti isu fatwa mengharamkan rokok di Selangor dan fatwa mengharamkan gejala Pangkid dan meditasi Yoga.

Ulamak selalunya disandarkan kepada orang alim atau orang yang pakar dalam bidang agama Islam, akan tetapi sebenarnya ulamak ini boleh juga di kaitkan dengan seseorang yang pakar dalam bidang “professional” tetapi menjurus kepada konsep atau pun amal Islami.


Akhir-akhir ini institusi ulamak sudah luntur dari segi penghormatan mereka didalam masyarakat. Banyak isu-isu yang di putuskan oleh ulamak sudah berani dicabar atau ditakwil oleh pelbagai pihak seperti isu fatwa, dimana ulamak yang dikenali sebagai mufti telah bersidang untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan Aqidah umat Islam. Seperti isu fatwa mengharamkan rokok di Selangor dan fatwa mengharamkan gejala Pangkid dan meditasi Yoga.


Kita boleh melihat masyarakat Islam Malaysia bermula daripada anak-anak muda, ahli-ahli professional hinggalah kepada golongan VIP ini sanggup membuat demonstrasi bantahan supaya fatwa itu ditarik balik. Begitulah cabaran golongan ulamak sekarang dalam menghadapi kejahilan masyarakat, lebih teruk lagi apa bila golongan VIP yang berpengaruh dengan isltana telah menghasut institusi raja-raja untuk campurtangan didalam urusan cendikiawan-cendikiawan Islam ini.


Kejahilan masyarakat kita ( Malaysia) ini sudah parah kerana kuatnya gelombang hidorisme ataupun serangan pemikiran melalui hiburan yang melampau menjadikan anak-anak muda sudah tidak mempedulikan ajaran agama hanya kerana Islam menentang hiburan yang melampau ini.


Perana Ulamak ini sangat penting didalam masyarakat Islam kerana mereka inilah yang akan mendaji tempat rujukan kepada orang ramai sebagaimana Sabda nabi : “Ulamak Pewaris Kenabian”. Ini bukan bermaksud ulamak adalah nabi kerana Nabi Muhammad Rasulullah adalah penutup dan penghulu segala kenabian. Tetapi ulamak inilah yang akan meneruskan dakwah baginda dalam mempertahankan dan juga menyebarkan Islam.


Batapa hormatnya para ulamak atau candikiawan ini, mereka dilarang untuk ikut serta didalam peperangan kerana takut lupusnya orang-orang yang arif didalam sesuatu bidang dan peperangan juga wajib untuk orang-orang muda yang masih sihat dan cergas, bukan menggunakan peluang muda untuk berhibur atau “Enjoy”.


Begitujuga apabila Rasulullah memberitahu tentang-tentang tanda-tanda Kiamat antaranya ialah kurangnya Ulamak. Ini bukan beerti pada masa itu tiada langsung ulamak, tetapi allah menganggkat ilmu-ilmu dan juga martabat seseorang ulamak itu hanya tinggal ulamak-ulamak yang jahil.


Oleh itu marilah kita tingkatkan kesedaran akan penghormatan terhadap ilmuan-ilmuan Islam ini dan juga sentiasa bekerjasama dengan ulamak-ulamak ini agar masayarakat Islam akan terus terpelihara daripada segala penyakit hati dan juga gejala sosial.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Setiausaha Agong PPIK


Isnin, 20 April 2009

Gerakan Kemaskini Keahlian PPIK


Assalamualaikum wrh. wbt.
Sukacita diumumkan bahawa pihak pengurusan PPIK sedang mengemaskini daftar keahliannya.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon semua ahli PPIK atau yang ingin menjadi ahli PPIK untuk mengisi borang secara online di alamat web : http://keahlian-ppik.blogspot.com .

Adalah diharapkan agar Sdr. / Sdri. dapat mengemaskini maklumat di atas dengan secepat mungkin.


Segala kerjasama amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Setiausaha,
PPIK Kelantan


 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.