Ahad, 19 September 2010

Kembara Raya PPIK 2010


Kembara Raya PPIK 2010










Kembara Raya PPIK 2010 ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.Seramai 27 orang peserta yang mengikuti kembara raya ini yang terdiri dari kesemua exco dan ahli PPIK.Sebanyak 5 buah kereta yang digunakan untuk kembara kali ini. Antara rumah yang diziarahi ialah rumah ust baba ghazali,ust mokhtar,ust wan hassan,ust amin,abg afzan dan ayah haji alias.

Rumah pertama yang dikunjungi ialah Ust Baba Ghazali.Kami disajikan dengan menu sate,nasi himpit dan biskut raya.Majlis ini dimulakan dengan sesi taaruf oleh kesemua peserta kembara dan ucapan oleh Ust Baba Ghazali yang menceritakan pengalamannya semasa dalam menggerakkan persatuan dan juga kata-kata semangat diberikan kepada kami generasi muda untuk terus berjuang,kami menjamu selera dengan jamuan yang disediakan dan akhir sekali pemberian hamper kepada Ust Baba Ghazali tanda penghargaan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke rumah kedua iaitu rumah Ust Mokhtar.Kami disajikan dengan menu nasi dagang,kastak,dan biskut raya.Macam biasa tentatifnya sama dimulakan dengan sesi taaruf,ucapan oleh Ust Mokhtar,sesi menjamu selera dan akhir sekali pemberian hamper kepada Ust Mokhtar tanda penghargaan..Alhamdulillah baru rumah yang kedua dikunjungi kenyang betul xlarat dah nak berjalan.Ust Mokhtar jugak adalah orang kuat ABIM.

Setelah selesai dirumah Ust Mokhtar kami meneruskan perjalanan ke rumah Ust Wan Hassan tetapi kami singgah sebentar di masjid yang berdekatan dengan rumah Ust Wan Hassan untuk menunaikan solat zuhur.

Di rumah Ust Wan Hassan iaitu rumah ketiga yang dikunjungi.Menu yang disediakan ialah nasi minyak,puding,kek coklat dan biskut raya.Tetapi hanya segelintir saja dari kami memakan nasi kerana kenyang.Dimulakan dengan sesi taaruf,ucapan oleh Ust Wan Hassan yang menceritakan tentang latar belakangnya dan pengalaman hidupnya sehingga sekarang,sesi menjamu selera dan pemberian hamper kepada Ust Wan Hassan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke rumah Ust Amin iaitu rumah keempatyang beberapa menghubungi kami untuk kesana.Di rumah Ust Amin kami disajikan dengan menu nasi minyak dan biskut raya.Kali ini nasi jugak aduhai kenyang teramat sangat.Tentatifnya sama seperti yang lain.

Rumah Kelima ialah Abg Afzan iaitu mantan YDP PPIK.Disinikan kami disajikan dengan buah-buahan dan biskut raya.

Rumah keenam ialah rumah Ayah Haji Alias orang kuat Briged Bakti.Kami sampai disini agak lewat iaitu dalam waktu maghrib.Kami solat di masjid berdekatan rumah Ayah Haji.Menu yang disediakan ialah rojak mee yang jarang sekali jumpa waktu hari raya.Ayah Haji menceritakan tentang hari penting 13 September.Beliau juga menceritakan detik-detik mencemaskan sewaktu demontrasi itu.

Kembara raya kali ini dapat mengeratkan silatulrahim dikalangan exco dan ahli PPIK.

Kerjasama anda semua dalam menjayakan program ini amatlah kami hargai dan jutaan ribuan terima kasih diucapkan








Isnin, 26 Julai 2010

Hari Keluarga PPIK : Muktamar & Pelacaran Kumpulan Fesilitator



Pada 24 dan 25 Julai 2010, Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dengan jayanya telah mengadakan Hari Keluarga serta Muktamar PPIK pada tahun 2010 ini, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Bermulanya dengan jamuan untuk fesilitator Perkampuangan Menara Ganding Kelantan (PMG) yang telah berlansung pada 17 Julai yang lepas yang dibantu oleh rakan-rakan dari pelbagai IPT seperti UMP, USIM, UM, KUIS, UKM,UiTM, UPM, UTM skudai dan UIA, bertempat di Kompleks Sukan Perempuan dengan dihidangkan pelbagai permainan sukaneka dan turut disertai daripada teman-teman Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) kampus UIAM.

Pada sebelah malamnya, selepas solat maghrib, diadakan Malam Pengkisahan PPIK yang disampaikan oleh Bro. Nasir yang sekarang bekerja di Mahallah Abu Bakar, Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya dan juga disampikan oleh Bro. Afzan YDP PPIK 09/10 yang menceritakan pergerakkan dan penumpuan PPIK di awal penubuhannya kembali digerakkan oleh para pendidik atau guru dan di zaman kini yang pastinya perlu digerakkan oleh Mahasiswa.

Muktamar PPIK berlangsung pada keesokkan hanya yang dirasmikan oleh Al-Fadhil Ust. Faisal Bin Abdullah, YDP ABIM Kelantan yang juga mantan Naib YDP PPIK sehingga 2008 dan beliau turut melancarkan Kumpulan Rakan Fesilitator Pembimbing.

Muktamar PPIK di pegerusikan oleh Saudara Afif, aktivis PPIK UIAM, kemudian ucapan serta pembubran oleh YDP PPIK 09/10. Berisan pimpinan PPIK 2010/11 di umumkan oleh Ust Faisal dimana pada sesi ini YDP PPIK di amanahkan kepada Saudara Abdullah Bin Mohd Nawi, yang merupakan aktivis Islamic Outreach ABIM (IOA) dan sekarang sedang menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan.

Turut hadir pada muktamar kali ini ialah Ust. Yusri yang merupakan mantan YDP PPIK kampus UIA yang juga mantan Presiden PKPIM,Puan Emy Elyani mantan HEWI PPIK 09/10 dan exco PKPIM bersama suaminya, Sdr. Aisy, Mantan YDP PPIK UIAM dan exco PPIK 09/10 dan Sdri. Hasmiza, mantan exco PPIK dan juga exco PKPIM.

Diakhir muktamar ini diadakan sesi tanda tangan pertukaran transisi kepimpinan 2009/10 kepada kepimpinan 2010/11 dan gimik pemakaian jeket PPIK.

Pihak PPIK Pusat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPIK UIAM kerana sudi menjdi tuan rumah pada Muktamar kali ini dan tidak lupa juga dengan bantuan dari rakan-rakan pelbagai kampus iaitu UMP, KUIS, KLMU, USIM, KLMU, UPM, UTM Skudai, UiTM, dan UKM yang menjati teras kelancaran dan kejayaan Himpunan Tahunan Mahasiswa Kelantan ini.


Malam Pengkisahan Oleh : Bro. Nasir dan Bro. Afzan








Muktamar PPIK

VIP :Ust Faisal (YDP ABIM turut hadir)


Bacaan Quran


Ucapan Alu-aluan YDP PPIK 2009/10

Alu-aluan Amir 2 PKPIM UIAM



Ucapan Perasmian oleh YDP ABIM Kelantan



Perasmian Kelab Fesilitator Rakan Pembimbing (KFRP)


Ucapan Pembubaran


Pengumuman Pimpinan baru

Ucapan Penangguhan YDP PPIK 2010/2011

Penyerahan Transisi Kepimpinan



Ucapan Penangguhan dari mantan Exco : Puan Emy Elyani

Wakil UMP : Munirah


Wakil USIM : Nik Azah


Wakil UiTM : Izzuddin


Wakil UKM : Rahayu


Wakil UIA : Khadijah



Rabu, 23 Jun 2010

PPIK dan ABIM Kelantan Menganjurkan MENARA 2010



Pada 17 – 19 Jun 2010, Persatuan Pembimbing Pelajar Islam (PPIK) bersama Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Kelantan (ABIM Kelantan) sekali lagi telah menganjurkan Perkampungan Menara Gading atau singkatannya (MENARA 2010) bertempat di Irama Beach Resort, Kampung Nipah, Bachok Kelantan.

MENARA 2010 yang juga dikenali sebagai "PMG" ini merupakan program tahunan PPIK kepada pelajar-pelajar yang bakal bergelar mahasiswa dengan memberi pendedahan awal serta cabaran yang akan di tempuhi sepanjang berada di kampus dan membina jatidiri yang kukuh agar tidak terikut dengan arus negatif seperti gejala sosial yang sekarang ini banyak melibatkan penuntut-penuntut daripada IPT.

Pada tahun ini, pihak PPIK mensasarkan peserta kepada pelajar-pelajar yang akan menempuhi ujian SPM, STAM dan STPM pada tahun ini kerana pada MENARA 2010 pusingan kedua nanti iaitu selepas musim peperiksaan, peserta-peserta ini akan dibawa ke IPT-IPT tempatan yang dipanggil “Explore IPT”.

Peserta MENARA 2010 adalah seramai 70 orang daripada pelbagai sekolah disekitar Kota Bharu dan yang berhampiran dengannya seperti SMKA Naim Lil Banat, SMK Ketereh, Maktab Sultan Ismail (SIC), SMK Putera, SMK Kota, SMU(A) Maahad Pengajian Islam (MPI) dan turut disertai oleh ahli-ahli Pengakap Kelana (Raja) Kota Bharu dan juga pelajar-pelajar perubatan persediaan yang akan ke Mesir.

Majlis penutup di pengerusikan oleh Saudara Farid Noor, aktivis GPTD yang juga merupakan antara DJ Kelantan FM. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program iaitu Saudara Mohd Syahiran Bin Muhammad yang juga Setiausaha Agung PPIK dan Ketua Biro Siswazah ABIM Kelantan. Kemudian ucapan alu-aluan oleh YDP ABIM Kelantan iaitu Ust. Faisal Bin Abdullah yang juga merupakan YDP kepada Majlis Belia Kelantan (MBK) dan ucapan penyempuraan majlis penutupan MENARA 2010 oleh En.Sahabuddin, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Daerah Bachok. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Rohani yang merupakan Timbalan YDP MBK dan En.Zul yang merupakan Setiausaha MBK.

Diakhir majlis ini, barisan VIP naik kepentas untuk menyempurnakan replika menara yang dibina daripada penyedut minuman (Straw) oleh urusetia dan tayangan video sepanjang program MENARA 2010 ini.

Pihak pengajur MENARA 2010 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu dari segi material ataupun memberi dorongan kepada pihak PPIK untuk menganjurkan program yang penting dan besar ini. Tidak lupa juga kepada pihak Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, pihak Pengarah YaPEIM, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) kerana sudi membantu dari segi menampung perbelanjaan dalam menghasilkan generasi baru yang akan member manfaat kepada semua.

Terima kasih juga kepada pihak Sinar Harian edisi Kelantan, melalui wartawanya Sapinah Abd. Ghani kerana sudi membuat liputan mengenai MENARA 2010 dan memamarkannya dalam akhbar tersebut pada keluaran 21 dan 23 Jun 2010.
Antara Aktiviti Yang Di Jalankan :








Pengenalan Urusetia dan Fesilitator :



Master Trainner : Bro. Afzan


Komentar Peserta


Ucapan Dari Penghulu


Ucapan Dari Penghuluwati



Ucapan Pengarah Program
Ucapan YDP ABIM Kelantan

Ucapan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok

Penyempurnaan Replika MENARA 2010

Pembahagian Sijil Peserta


Penghargaan Daripada Pihak Penganjur

Dif serta VIP menyanyikan lagu Negaraku, Hidup Biar Berjasa dan Menara Gading

Saudari Sapinah : Wartawan Sinar Harian Daerah Bachok

Gergambar bersama peserta , urusetia dan barisan dif-dif jemputan

Saf Jawatankuasa, Urusetia dan Fesilitator MENARA 2010
Mendapat liputan Sinar Harian pada 21 dan 23 Jun 2010


 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.