Isnin, 27 Julai 2009

PKPIM ANJUR KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN 2009


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Kongres Pelajar Dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 bersempena dengan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM ke-48 dengan tema ”Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Penyertaan kongres adalah terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pimpinan pelajar sekolah, pimpinan mahasiswa institut pengajian tinggi, pimpinan institusi dan badan bukan kerajaan serta pegawai kerajaan dan pembuat dasar.


PKPIM merasakan bahawa penganjuran kongres ini adalah bertepatan dengan masanya ketika Malaysia sedang mencari kestabilan hala tuju pasca tsunami politik Pilihanraya Umum ke 12 dan peralihan pucuk pimpinan negara. Tambahan pula dengan isu-isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia dalam tempoh masa itu, telah menguji kematangan Malaysia untuk hidup di atas bebanan sejarah dan impian masa hadapan.

Sekiranya tidak dipandu dengan pemahaman dan penghayatan yang jelas dan benar akan teras-teras kenegaraan yang telah menjadi tiang-tiang penegak Malaysia sebagai sebuah negara merdeka hari ini, maka adalah dikhuatiri perubahan sosio-politik yang berlaku menatijahkan bencana yang lebih buruk.


Maka itu, objektif penganjuran kongres ini adalah untuk memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang. Di samping itu, kongres ini juga bertujuan merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.

Kongres ini juga bertujuan untuk mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’. Kongres ini diharapkan dapat menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.


Jumaat, 10 Julai 2009

Ucapan Penghargaan Kepada Sinar Harian



Pihak Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan memberi selakung penghargaan kepada pihak media dari Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan,melalui wartawan Hazelenliana Kamaruddin, kerana sudi mengeluarkan berita pada 22Jun 2009, tentang Majlis Konvensyen Pelajar Islam Kelantan ke-10/2009 (KPIK10) yang diadakan pada 20 Jun 2009.


Diharap kerjsama ini akan berterusan dalam meengetengahkan pelbagai lagi isu-isu yang berkaitan dengan usaha pembangunan manusia dalam membina sebuah generasi baru dalam umat Islam khususnya di Malaysia didalam menonjolkan kembali keunggulan generasi yang dididik berteraskan panduan Islam.

Terima KAsih juga kepada saudara Abdullah (Abg Loh) kerana sudi menghantar Imej keratan akhbar ini kepada PPIK Pusat.

Sekian,
Meneladani Ukhuwwah, Membina Personaliti


MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung,
Persatuan Pembimbing Pelajar ISlam Kelantan (PPIK.)


Isnin, 6 Julai 2009

Duniaku Bukuku: Kebangkitan Generasi Salahuddin


Baru-baru ini, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.FM), telah mengadakan sessi rakaman slot "Duniaku Bukuku" yang membicarakan buku "Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Umat Islam".

Slot ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia. Ustaz Zamri Zainal Abidin dan perbincangan mengenai idea-idea utama yang diketengahkan menerusi buku ini telah diisi oleh Saudara Presiden, Tuan Haji Yusri Mohamad, serta Timbalan Presiden, Dr. Mohd Farid Shahran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan sessi perbincangan ini, sila nantikannya menerusi slot "Duniaku Bukuku" terbitan IKIM.FM.


Khamis, 2 Julai 2009

Video KPIK 10 dan Resolusi KPIK Kali Ke 10




RESOLUSI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 (KPIK10)

Berikut merupakan Resolusi yang dicapai dalam Konvensyen Pelajar Islam Kali ke-10 bertempat di Hotel MGU Kota Bharu.


Menyedari kepentingan pelajar islam meneladani qudwah terpilih dan personaliti unggul dalam dunia yang serba moden.

Menginsafi betapa dunia globalisasi yang kini semakin dominan sedang menjalar bersama timbunan masalah social dan budaya asing yang mencabut akarumbi dan jatidiri pelajar-pelajar Islam.

Menginsafi bahawa kepimpinan dan ketrampilan pelajar-pelajar Islam disemua peringkat perlu diberi ruang dan perhatian yang wajar.

Menyelami hakikat bahawa potensi dan kualiti pelajar-pelajar Islam harus dipupuk dan digilap selaras dengan keperluan semasa :



MAKA DENGAN INI KONVENSYEN PELAJAR ISLAM KELANTAN KALI KE 10 YANG TELAH BERLANGSUNG PADA 20.6.09, BERTEMPAT DI HOTEL MGU KOTA BHARU YANG DIHADIRI SERAMAI 300 ORANG PESERTA DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA :

1.Merealisasikan penubuhan alumni konvensyen pelajar islam Kelantan.

2.Memperbanyakkan kerjasama, usahasama dan hubungan strategi dengan sekolah-sekolah di Kelantan bagi memantapkan aktivtiti-aktiviti bercorak peningkatan minda, pembentukan jatidiri dan syakhsiah dan kepimpinan pelajar Islam.

3.Memperhebatkan program –program penonjolan personaliti unggul dari kalangan tokoh-tokoh Islam untuk pembinaan qudwah di kalangan pelajar muslim.


Alumni Konvensyen Pelajar Islam Kelantan
Persatuan pembimbing Pelajar Islam Kelantan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia


Isnin, 29 Jun 2009

SUA : Selamat Bergelar Mahasiswa.


Musim kemasukan IPT sudah bermula dan tidak kira lah IPTA atau IPTS, sesak dengan anak-anak muda yang baru sahaja melangkah ke alam Mahasiswa semasa sesi pendaftaran. Situasi ini juga berlaku kepada adik-adik dan teman-teman lepasan SPM,STAM,STPM yang sebelum ini bergiat dalam Skuad Sukarelawan Remaja (SSR) dan juga Alumni SRI Al-Hikmah,ABIM(ASPIRASI).


Sekalung tahiah kami dari PPIK ucapkan kepada anda yang telah berjaya melangkah kesatu alam baru dimana ini lah merupakan pintu perantaraan zaman persekolahan kepada zaman yang akan memberi pendedahan akan dunia sebenar hari ini.

Alam IPT bukan seperti di alam sersekolahan dahulu, seperti apa yang jelas perbezaannya ialah dari segi pemakaian kek kelas yang tidak ditentukan atau tidak ketat atikanya.Akan tetapi perbezaan sebenar ialah anda semua sudah berada berjauhan dari keluarga, dan pada masa ini lah anda akan di uji baik buruk sesuatu perkara, apa-apa yang dilakukan tidak ada yang menghalang kecuali mencari teman yang baik dan salng mengingati antara satu sama lain.

Selain itu, apa uang boleh membimbing anda semasa disana ialah persatuan atau pun jemaah sebaimana sabda Rasul : Sabaik-baik kamu adalah yang berada didalam kumpulan (kumpulan yang menjalankan keja dakwah). Jadi amat berbesar hati jika anda dapat bersama dengan kumpulan-kumpulan itu yang akan membimbing anda.

Doa dan harapan kami disini agar adik-adik SSR dan ASPIRASI dapat menjaga diri daripada apa yang telah dipelajari sepanjang menjadi ahli SSR dan ASPIRASI, jika ada apa masalah, ruang kami sentaisa terbukan untuk anda.

Jadilah seorang yang terbaik di kampus, ingatlah matlamat dan perjuangan anda sebagai seorang Islam .

wassalam..

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Setiausaha Agung PPIK




Jumaat, 26 Jun 2009

PKPIM CADANGKAN KAJIAN MENYELURUH DAN TERPERINCI SEBELUM BUAT PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik segala usaha yang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melakukan penambah baikan di dalam sistem pendidikan negara daripada semasa ke semasa. Perubahan-perubahan di dalam sistem pendidikan negara merupakan suatu yang dialu-alukan untuk memenuhi tuntutan semasa demi memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti mengikut peredaran masa.


Namun, PKPIM melahirkan kerisauan terhadap sebarang perubahan-perubahan yang diputuskan perlaksanaannya secara drastik. Adalah dikhuatiri, perubahan-perubahan secara drastik tanpa kajian menyeluruh dan terperinci akan memberikan kesan negatif terhadap para pelajar. Adalah dikhuatiri juga, ia akan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.


Justeru, PKPIM mencadangkan suatu tempoh masa yang secukupnya untuk kajian secara menyeluruh dan terperinci dilaksanakan sebelum keputusan dibuat berhubung dengan sebarang cadangan perubahan di dalam sistem pendidikan negara. Tempoh masa ini adalah untuk memberi ruang supaya sebarang cadangan perubahan dalam sistem pendidikan negara dibincangkan dengan masak.


PKPIM juga mencadangkan kajian terhadap cadangan perubahan di dalam sistem pendidikan negara turut melibatkan tokoh-tokoh dan pihak-pihak yang mewakili masyarakat di pelbagai bidang dan lapangan. Dengan penglibatan mereka, sebarang cadangan perubahan akan dapat dinilai daripada pelbagai sudut. Dengan ini, suatu kefahaman bersama akan dapat dicapai.


PKPIM sebagai mewakili generasi muda menyatakan komitmen untuk turut sama membantu KPM di dalam melaksanakan transformasi di dalam sistem pendidikan negara demi mengupayakan kualiti generasi muda Malaysia.


KHAIRUL ANWAR BIN SHAZALI
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

www.pkpim.net



Khamis, 25 Jun 2009

FADHILAT BULAN REJAB


Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Sumber : 1 2


 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.