Pada 22 hingga 24 Januari, telah diadakan Multaqa Nuqaba, anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bertempat di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
PPIK telah menghantar 5 orang ke program tersebut yang diketuai oleh saudara Mohd Syahiran selaku Setiausaha Agong PPIK Pusat, Saudara Abdullah Nawi iaitu ebndahari PPIK Pusat, Saudara Zul Amin dari UniKL MIAT, Saudara Faizal dari KLMU dan Saudari Fatimah dari Pusat Asasi UIA Nilai.
Multaqa' Nuqaba' ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pimpinan disetiap kampus atai negeri tentang bagaimana mengurus Usrah yang memberi penerangan tentang peranan seorang naqib mengikut pendekatan PKPIM-ABIM-WADAH.
Selain itu, dalam program ini juga memberi penerangan tentang tanggungjawab dalam jemaah dan bagaimana untuk bergerak.
Mereka yang mengisi pogram ini adalah Ust. Razak iaitu exco penataran ABIM Pusat, Cikgu Hamidi, timbalan Presiden ABIM, Abang Noryzal, Exco ABIM pusat dan Ust. Hafiz Mustafa Lubis, YDP ABIm Kedah yang mengisi kuliah maghrib.

Majlis penutup dimulakan dengan amanat presiden PKPIM iaitu saudara Faisal Abd. Aziz disempurnakan oleh Al-Fadil Dr. Razak Idris yang merupakan Presiden ABIM pusat.