Ahad, 6 Februari 2011

NGO: Bagaimana dengan pelajar di negara Arab lain?



Kerajaan diminta menyediakan pelan khas untuk menyelamatkan pelajar Malaysia di beberapa negara Arab, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya tempias daripada krisis demokrasi di Mesir.

"Faktor desakan ini adalah memandangkan berlandaskan kajian dan teori politik di Timur Tengah, pergolakan politik ini tidak akan berakhir di Mesir sebaliknya akan merebak ke rantau negara Arab yang lain," kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Dalam satu kenyataan, Muhammad Faisal berkata, negara Arab lain yang perlu diberi perhatian antaranya Syria, Jordan, Yaman dan Arab Saudi.

Katanya, pendapat itu disokong oleh beberapa ahli akademik, seperti Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof Dr Redzuan Osman yang menyatakan Yaman antara negara Arab terawal yang berkemungkinan besar akan berlaku pergolakan “besar-besaran” selepas Mesir dan Tunisia.

Sementara itu, PKPIM juga menyifatkan pergolakan di Mesir merupakan kebangkitan rakyat Arab Timur Tengah ke arah pemulihan demokrasi setelah sekian lama rantau itu "dikongkong pemimpin diktator pro-Amerika Syarikat".

http://malaysiakini.com/news/155309

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.