Khamis, 8 Julai 2010

Kem Mahabbah PPIK UIAM





Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) UIAM dan Pusat Dakwah dan Tarbiah Orang Asli, Kok Lanas yang lebih dikenali dengan Islamic Outreach Abim (IOA) kini giat mengadakan program-program yang berunsurkan dakwah dan ukhuwah serta pengukuhan jati diri dalam diri pelajar orang asli di negeri ini.

Usaha tersebut dikembangkan melalui program yang bertempat di Pusat Dakwah dan Tarbiah Orang Asli, Kok Lanas pada 2 hingga 3 Julai 2010. Program 2 hari 1 malam ini melibatkan 33 pelajar di sini yang terdiri dari pelajar orang asli dari Kedah dan Cameron Highlands, Burma dan Thailand serta 2 orang pelajar Institut Dakwah Islamiah Perkim ( IDIP).

Pengarah programnya, Mohd Izwan bin Abdullah berkata, program yang turut dibantu oleh 2 orang pelajar UMP, UITM dan SIC ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara ahli PPIK dan pelajar IOA yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur. Selain itu, program ini juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin dan sikap bertanggungjawab di kalangan pelajar di sini khususnya.

Hadir sama Yang Dipertua (YDP) ABIM Mohd Faisal Abdullah yang dijemput khas bagi merasmikan majlis perasmian penutup program dan YDP PPIK, Faizul Afzan Mamat. Ustaz Faisal Abdullah berkata, program ini adalah satu program yang amat bagus dan harus dijadikan program tahunan PPIK UIAM untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan pelajar di sini dan mencadangkan supaya kami turut mengadakan program bersama anak yatim di Rumah Putera dan Puteri Harapan (RPH).

Seorang peserta yang berasal dari Thailand , Norshamira Sulaiman,14,berkata, program ini amat menyeronokkan kerana kami didedahkan dengan ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), perbincangan dan pembentangan, i- Explorace serta sesi muhasabah yang dikendalikan oleh Saudara Faizul Afzan Mamat. Pendekatan yang digunakan oleh beliau amat sesuai dengan tahap pemikiran dan peringkat umur peserta.

Selain itu, program ini mengajar kami supaya bangun lebih awal untuk mengadakan Qiamullail pada jam 5 pagi. Ini kerana Qiamullail merupakan satu ibadah yang mengajar erti pengorbanan masa tidur dan seterusnya kami dapat menunaikan solat Subuh berjemaah lebih awal dan mendengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Amin.” kata Salman b. Mohd Yusoff, 10 tahun.

Program ini juga mendedahkan para peserta supaya mempraktikkan 6 Budaya IOA yang telah kami reka khas bersesuaian dengan keadaan di sini. 6 Budaya IOA ini adalah budaya senyum, salam, sapa(tegur), setiakawan, susun selipar dan salin nota.
Lagu tema bagi program ini adalah “ Demi Matahari” yang kelihatan amat digemari para peserta kerana mereka dilihat sungguh bersemangat turut menyanyi dan menggayakan lagu tersebut. Diharap semoga program akan datang akan lebih hebat dan memberi kesan yang lebih baik kepada para peserta demi melahirkan generasi berilmu, beriman dan beramal soleh.

InsyaALLAH.












Disediakan Oleh :

NOOR AZURA MAT SAFALISAN,
Penolong Pengarah


Khamis, 24 Jun 2010

konvoi raya ppik 2009



Justify Full

Alhamdulillah perjalanan konvoi raya berjalan dengan lancar. Seramai 10 orang yang terlibat. Di antaranya ialah kak mija, arina,mizah USM k.kerian,afdalila, kak zura dan adiknya manakala wakil dari pihak lelaki ialah abg afzan, syahiran,afif dan zulamin. Walaupun ramai yang tidak dapat turut serta dalam konvoi ini, namun kami merasa sangat teruja kerana dapat beraya ke 3 buah rumah. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Ustaz Faisal selaku YDP ABIM KELANTAN. Kami dijamu dengan sate, nasi himpit,roti jala, ketupat dan berbagai jenis biskut raya.

Kami menjamu selera sambil mendengar sedikit ucapan dan kata-kata semangat daripada Ustaz Faisal. Beliau menggalakkan kami semua supaya bergiat aktif di dalam persatuan kerana melalui persatuan, kita dapat menimba banyak ilmu, pengalaman, serta semangat setiakawan. Selain itu, kak mija sempat juga berbincang dengan beliau tentang program PPIK yang datang.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke rumah sahabat PPIK UIAM, iaitu rumah saudari afdalila. Selepas menunaikan solat zohor berjemaah di rumahnya, kami menjamu selera. Alhamdulillah kenyang betul,macam dah tak larat nak makan lagi. Kebetulan ibu dan ayah afdalila merupakan orang yang aktif juga di dalam ABIM suatu ketika dulu. Tak kurang afdalila juga, beliau seorang yang aktif dalam BRIGED BAKTI sewaktu di sekolah dahulu.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah Ustaz Kamaruddin, salah seorang yang kuat ABIM suatu ketika dulu. Wah, bersemangat sungguh beliau bercerita tentang sejarah PPIK serta pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam PPIK dulu. Saya dapat melihat perbualan rancak di antara abg afzan, ustaz kamaruddin, mizah serta afdalila tentang ABIM dan PPIK kerana mereka telah lama bergiat aktif di dalam jemaah ini. Adik kak zura pula hanya mampu mendengar kerana dia belum mengerti dengan erti jemaah kerana masih lagi di bangku sekolah. Pada jam 4 petang, kami bersurai kerana masing-masing ada urusan dan perlu pulang awal.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai konvoi ini terutama Biro Kebajikan PPIK khususnya buat arina kerana telah bersusah payah dalam menguruskan program sebelum dan sepanjang program untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Walaupun program ini hanya disertai oleh 10 orang, namun ia memberi seribu makna dan kenangan buat yang terlibat. Tahniah dan bersyukurlah kerana ia tetap dapat dijalankan dengan izin Allah kerana kuantiti yang banyak tidak menjamin kualiti yang baik.

Semoga di tahun akan datang kita dapat membuat perancangan lebih awal agar dapat melibatkan ramai ahli PPIK dari semua kampus dan lebih banyak rumah yang dikunjungi.

Ukhuwwah fillah


 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.