Khamis, 24 Jun 2010

konvoi raya ppik 2009



Justify Full

Alhamdulillah perjalanan konvoi raya berjalan dengan lancar. Seramai 10 orang yang terlibat. Di antaranya ialah kak mija, arina,mizah USM k.kerian,afdalila, kak zura dan adiknya manakala wakil dari pihak lelaki ialah abg afzan, syahiran,afif dan zulamin. Walaupun ramai yang tidak dapat turut serta dalam konvoi ini, namun kami merasa sangat teruja kerana dapat beraya ke 3 buah rumah. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Ustaz Faisal selaku YDP ABIM KELANTAN. Kami dijamu dengan sate, nasi himpit,roti jala, ketupat dan berbagai jenis biskut raya.

Kami menjamu selera sambil mendengar sedikit ucapan dan kata-kata semangat daripada Ustaz Faisal. Beliau menggalakkan kami semua supaya bergiat aktif di dalam persatuan kerana melalui persatuan, kita dapat menimba banyak ilmu, pengalaman, serta semangat setiakawan. Selain itu, kak mija sempat juga berbincang dengan beliau tentang program PPIK yang datang.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke rumah sahabat PPIK UIAM, iaitu rumah saudari afdalila. Selepas menunaikan solat zohor berjemaah di rumahnya, kami menjamu selera. Alhamdulillah kenyang betul,macam dah tak larat nak makan lagi. Kebetulan ibu dan ayah afdalila merupakan orang yang aktif juga di dalam ABIM suatu ketika dulu. Tak kurang afdalila juga, beliau seorang yang aktif dalam BRIGED BAKTI sewaktu di sekolah dahulu.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah Ustaz Kamaruddin, salah seorang yang kuat ABIM suatu ketika dulu. Wah, bersemangat sungguh beliau bercerita tentang sejarah PPIK serta pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dalam PPIK dulu. Saya dapat melihat perbualan rancak di antara abg afzan, ustaz kamaruddin, mizah serta afdalila tentang ABIM dan PPIK kerana mereka telah lama bergiat aktif di dalam jemaah ini. Adik kak zura pula hanya mampu mendengar kerana dia belum mengerti dengan erti jemaah kerana masih lagi di bangku sekolah. Pada jam 4 petang, kami bersurai kerana masing-masing ada urusan dan perlu pulang awal.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyertai konvoi ini terutama Biro Kebajikan PPIK khususnya buat arina kerana telah bersusah payah dalam menguruskan program sebelum dan sepanjang program untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Walaupun program ini hanya disertai oleh 10 orang, namun ia memberi seribu makna dan kenangan buat yang terlibat. Tahniah dan bersyukurlah kerana ia tetap dapat dijalankan dengan izin Allah kerana kuantiti yang banyak tidak menjamin kualiti yang baik.

Semoga di tahun akan datang kita dapat membuat perancangan lebih awal agar dapat melibatkan ramai ahli PPIK dari semua kampus dan lebih banyak rumah yang dikunjungi.

Ukhuwwah fillah

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.