Isnin, 22 September 2008

Catatan Daie di Bumi Korea : Sebuah Bas Buruk





Catatan ringkas seorang daie di perantauan. Blog beliau boleh di layari di : http://jundumay.blogdrive.com/


Sebentar tadi penulis bersama saudara Tarmizi sempat ke Bus Terminal untuk membeli tiket ke Busan. InsyaAllah kami akan bertolak ke Busan sebelum berlepas ke Osaka, Jepun dengan menaiki Feri.



"Mahu ke mana? ", soal penjaga kaunter.
" Busan untuk 4 orang ", jawab Tarmizi sedikit perlahan.
" Harganya 117,000 won ", beritahunya sambil menekan kalkulator.
Kami berpandangan seketika. Kaget mendengar harga yang sedikit mahal.

" Ada yang lagi murah? ", soal saya.
" Ada. 80,000 won untuk 4 orang ", jawab penjaga kaunter itu.
" Ok. Bagi kami yang ini ", tanda setuju dengan harganya.

SEBUAH BAS ITU

Hidup ini sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Apabila bas tiba, anda tengok bas itu dan seringkali anda berkata;

" Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk "
" Eee… bas ni buruk sangatla… mesti tak selesa "

Jadi, anda tekad untuk menunggu bas yang lain. Bas itu dibiarkan berlalu sahaja dan sekali-sekala mata anda melilau ke arah jam.

Salah satu daya tarikan utama bagi penulis ketika melawat Hong Kong.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tidak penuh dan tidaklah seburuk bas tadi tetapi kali ini anda berkata;

" Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas "

Sekali lagi anda biarkan bas itu berlalu dan anda bercadang untuk menunggu bas yang seterusnya. Tetapi tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan anda baru perasan yang sebenarnya anda sudah terlambat rupanya. Anda mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tidak sebegitu sempurna. Kemudian di tengah-tengah perjalanan, anda tersedar pula yang anda sudah naik bas yang salah.

Anda terus tekan loceng dan berhenti di suatu tempat yang belum pernah anda sampai. Setelah beberapa jam kemudian, barulah anda tiba di tempat yang anda tujui.

Tetapi pada ketika itu, orang lain sudah ramai berkumpul dan mereka sudah tiba lebih awal dari anda. Kini, barulah anda sedar bahawa selama ini anda telah membazirkan banyak masa dan wang untuk memenuhi setiap kehendak anda.

WAIT FOR ME !



Melihat gambar pepatung di atas, teringat penulis akan kisah seorang lelaki yang paling akhir masuk Syurga. Dia ditinggalkan berseorangan. Dia adalah ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. Dalam keadaan merangkak dia mendatangi Syurga. Allah mengarahkannya masuk. Berulang-ulang kali disuruh, tetapi lelaki itu masih ragu-ragu.

" Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? ", soal lelaki tersebut kepada Allah.


Bagi lelaki itu Syurga seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya. Dapat tanah sekangkang kera pun sudah gembira sakan. Inikan pula Syurga yang besarnya sepuluh kali ganda dunia. Terpancar raut kegembiraan di wajahnya.

Subhanallah. Benarlah kata-kata bahawa rahmat Allah mendahului murkaNya. Sesungguhnya tiada dosa kecil jika Allah menghadapimu dengan keadilanNya dan tiada dosa besar jika Allah menghadapimu dengan kurnianNya.

Namun persoalannya, adakah anda ingin menjadi orang yang terakhir seperti lelaki tersebut? Jika tidak, usah terlalu berlengah dan terus naik bas itu !
Bas itu adalah peringatan-peringatan Allah yang selalu sahaja singgah di "stesen hidup" anda.

Fikir-fikir dan renungkanlah...

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.