Khamis, 08/07/2010 – Kerajaan Fatah di Ramallah enggan mengeluarkan visa kepada rakyat Palestin yang berasal dari Gaza dan berhasrat untuk menunaikan haji dan umrah terutamanya dokumen perjalanan (mereka) yang telah dihasilkan atau dikeluarkan di Gaza.
Menteri Awqaf dari kerajaan Palestin, Dr Talib Abu Sya`ar dalam laporannya kepada Quds Press menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan Fatah yang cuba melibatkan perbezaan politik dalam ritual keagamaan.
Dia berkata : “kami pada hakikatnya ingin mengenepikan perbezaan politik dalam ritual keagamaan dan kami bekerja atas dasar tidak mencampur adukkan urusan haji dan umrah dalam isu perbezaan politik (antara Hamas dan Fatah), dan kami sentiasa mengharapkan setiap pihak bekerja atas tujuan tersebut. oleh sebab itu, kami berpegang pada pendirian yang lengkap dan sempurna bagi memudahkan urusan keluar kepada mereka yang berhasrat menunaikan haji dan umrah”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : arif