Khamis, 08/07/2010 – Tentera rejim Zionis membelasah beberapa orang tahanan Palestin selepas menyerbu bilik penjara mereka di seksyen 4 dan 5 di Penjara Majiddo. Pihak tentera mendakwa bahawa mereka mencari telefon bimbit yang dikatakan ada di tangan beberapa tahanan.
Serangan itu dilakukan pada waktu tengah malam 5 Julai dan menyebabkan berlakunya pertempuran dengan para tahanan. Kementerian Tahanan Penjara Palestin melaporkan bahawa tahanan-tahanan itu dibelasah oleh tentera daripada briged Nahshon dan Alimar.
Tentera-tentera itu membelasah para tahanan dengan belantan dan melepaskan bom gas sebelum memaksa mereka keluar daripada bilik penjara masing-masing. Beberapa orang tahanan dilaporkan menderita akibat terkena gas pemedih mata manakala yang lain mengalami hentakan kuat pada otak dan lebam-lebam.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa