Oleh :Ahmad Azam Abdul Rahman
Generasi muda Muslim pada hari ini sedang menghadapi gelombang perubahan yang amat deras. Salah satu daripada gelombang itu ialah apa yang diistilahkan sebagai globalisasi, dan fenomena tersebut pada saat ini menjadi suatu nuansa yang semakin ganas dan mewujudkan lebih banyak realiti dan natijah yang menggerunkan bagi generasi masa depan. Kesan buruk daripada ideologi globalisasi ekonomi; termasuklah pasaran bebas, deregulasasi, penswastaan dan perubahan struktur sosial, telah merungkaikan hampir seluruh bidang kehidupan. Fenomena ini sedang memusnahkan norma kehidupan dan fitrah kebudayaan insan, dan sering meninggalkan mereka tanpa kompas kehidupan yang berlandaskan agama dan nilai-nilai murni sejagat.
Selain itu, peradaban yang wujud pada zaman ini jelas merupakan kerangka yang didorong oleh kekaguman kita terhadap kejayaan Barat. Barangkali kejayaan yang paling unggul yang telah dicapai oleh peradaban Barat adalah kolonialisasi pendidikan. Kolonialisasi ini melahirkan generasi yang bukan sahaja kagum dengan sistem tersebut, tetapi mewujudkan para 'arkitek' yang membina model-model peradaban yang memisahkan masyarakat setempat dengan realiti budaya dan agamanya sendiri. Sistem pendidikan yang dianjurkan peradaban Barat ini merupakan suatu sistem yang ditiru secara membuta tuli oleh sejumlah besar masyarakat, walaupun tanpa difahami secara berkesan oleh mereka yang mengikutinya. Hasilnya, kita terperangkap dalam kerangka yang mengatakan bahawa pendekatan dan formula Barat itulah yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu manusia yang kompleks. Generasi demi generasi hilang keyakinan diri, hilang keyakinan terhadap pendekatan agama dan budaya serta hilang kekuatan untuk melakukan ijtihad intelektual untuk memecahkan kebuntuan permasalahan masyarakat. Justeru kayu ukur terhadap budaya kecemerlangan dalam budaya masyarakat diikat oleh persepsi dam kemampuan kita untuk hanya menterjemahkan kembali idea-idea dan khazanah ilmiah kepunyaan Barat.
3. Kemiskinan Struktural
Kelemahan ini memberi kesan pada penguasaan masyarakat terhadap kekuatan ekonomi. Rata-rata masyarakat dunia Islam terperosok pada tahap terbawah di dalam bidang ekonomi dam perdagangan. Menurut Laporan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Human Development Report 1999), trend kemiskinan menjadi semakin buruk dan jurang kemiskinan di antara masyarakat Muslim dengan bukan Islam semakin besar. Fenomena kemiskinan ini merupakan musuh utama masyarakat dunia sehinggakan Perdana Menteri Pertama Persekutuan Republik German Konrad Adenauer mengungkapkan bahawa "Our enemies of today are not other nations. Our enemies of today are poverty, ignorance, disease and discrimination. What we need is cooperation based on the idea that the entire world is one human family. Ignorance and lack of understanding among Asian, African and western nations is the greatest danger we are facing today." Ini adalah musuh yang lebih nyata bagi masyarakat Islam yang menghadapi kemiskinan sebagai belenggu utama yang menghalang pencapaian kejayaan. Realiti kemiskinan yang wujud pada hari ini harus kekal menjadi perhatian para generasi muda. Peradaban tidak dapat terbina jika masalah kemiskinan masih lagi membelenggu umat. Kemiskinan dan kefakiran bukan sahaja harus menyentuh dhamir kita, tetapi harus terus mencetuskan tindakan memulihkan diri daripada sifat yang menjerumuskan kita ke arah budaya malas berfikir dan berusaha secara kreatif yang menjadi sebab utama kemiskinan.
Imperialisme ekonomi Barat yang menyanggahi kekalutan masyarakat Islam untuk mencari formula memerdekakan dini dari kemiskinan menjadikan kita memilih untuk mengadaptasi acuan Barat bagi mencapai kejayaan. Justeru takrif moderniti dan kejayaan dilihat dari perspektif Barat, lantas menjadikan budaya dan peradaban yang kita agungkan sebagai budaya yang material-centric, yang mengetepikan faktor ketuhanan. Keterpisahan ini jelas apabila wujud golongan yang menjadikan Islam sebagai amalan ceremonial, Islam sebagai amalan yang hanya zahir pada majlis-majlis keraian dan apabila berlaku kematian. Islam tidak dilihat sebagai suatu cara hidup yang syumul dan yang mampu memecahkan kekeliruan masyarakat tentang obj ektif kehidupan. Generasi muda Muslim hares tampil untuk memecahkan salah faham ini melalui sentuhan Qur'ani. Dan walaupun kita mungkin belum berupaya untuk menemui formula Islam bagi setiap masalah di dalam dunia ini, is bukanlah alasan untuk mengatakan bahawa ada ideologi lain yang lebih baik daripada pendekatan yang ditawarkan Islam. Kita wajib terns berusaha untuk mencari hikmah yang mencetuskan peranan Islam sebagai penyelesai masalah tamadun manusia.
5. Krisis Jati-diri
Tugas generasi muda Muslim pada hari ini ialah untuk memperkasa keupayaan menyaring. Budaya yang membawa masyarakat ke arah kehancuran menjadi semakin ketara. Teknologi satelit yang memudahkan transmisi nilai-nilai hedonistik semakin meresahkan kita. Anak-anak kecil dengan mudah dapat meniru kekalutan identiti yang dihadapi teman-teman segenerasi mereka di Barat hanya dengan menekan butang pada alat kawalan jauh. Hakikat ini menggambarkan keadaan jati diri dan fitrah budaya masyarakat yang semakin hancur. Tanpa kita sedari, jika kita berkeputusan untuk tidak melakukan pembaikan pada keadaan yang wujud, maka kita sebenarnya mengundang kerosakan pada struktur sosial masyarakat keseluruhannya.
Generasi muda juga berdepan dengan realiti neo-imperialisme yang menyebabkan kelemahan pada aspek-aspek kelemahan budaya berpolitik. Kedapatan sikap menyerah dengan mudah di kalangan mereka yang tidak berminat untuk terlibat dalam menentukan arus perjalanan politik masyarakat. Sikap ini menjerumuskan mereka kepada polemik slavish mentality: mereka tidak kritikal dan tidak bertanya tentang tindakan pihak-pihak yang menentukan arus perjalanan siasah masyarakat Islam. Keadaan ini menjadikan kita menyantuni sahaja apa-apa model yang dihidangkan, tanpa berupaya untuk menggilap dan mengetengahkan alternatif Islam dalam aspek-aspek pemerintahan. Sebagai contoh, perbahasan tentang isu negara Islam dewasa ini menjadi mauduk politik yang sempit dan hanya berlegar di kalangan mereka yang berkepentingan sahaja. Isu ini tidak dilihat melangkaui persoalan label dan terhimpit pada penyelesaian simplistik, tanpa melihat bahawa perisian masyarakat Muslim yang cemerlang dan kompetensi dalam bersiasah adalah lebih penting dan harus menjadi keutamaan.
Generasi muda juga masih lagi ketinggalan dalam penguasaaan teknologi. Dewasa ini keupayaan kita menguasai kemahiran teknologi maklumat khususnya menjadi semakin penting. Peradaban yang berasaskan ilmu atau knowledge-based civilization harus menjadi matlamat utama generasi muda Muslim, khasnya apabila AI-Qur' an itu sendiri telah seawal-awalnya mencetuskan idealisme ilmu yang cukup signifikan dalam sejarah kemanusiaan menerusi gagasan Iqra'. Generasi muda perlu menganalisis potensi dan mengoptimumkan sepenuhnya peluang dan ruang yang ada untuk menimba kemahiran berinteraksi dengan kemahiran teknologi maklumat. Tugas membina peradaban akan menjadi lebih sukar sekiranya kita berpuas hati dengan kaedah konvensional dalam usaha untuk menyemarakkan idea dan pendekatan Islami. Laporan Separuh Penggal Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Budaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) 2002-2007, jelas menyatakan objektif strategik keempatnya iaitu untuk memperkukuh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi memperkasa governan dan menjana penglibatan sosial yang lebih berkesan daripada golongan belia dalam masyarakat. Penggunaan ICT sebagai wahana untuk memperkukuh keupayaan dalam membina masyarakat bermaklumat jelas merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh generasi muda.
Isu-isu yang menyentuh generasi muda memang tidak dapat dipisahkan dari isu-isu besar yang menguliti umat dan isu-isu peradaban kini yang telah sekian lama menyumbang kepada kemelut umat. Oleh yang demikian, amat kritikal bagi generasi muda untuk mengetahui bukan sekadar mengenali, tetapi benar-benar mendalami dan menjiwai isu-isu ini dari segi sejarah dan implikasinya.
Pandangan Hidup Islam (Islamic worldview) merupakan sebuah kerangka pemikiran yang sepadu yang terbina dari sejumlah konsep-konsep besar tentang kewujudan seperti hakikat ketuhanan, hakikat kenabian, hakikat manusia, konsep ilmu, konsep dunia dan akhirat, dan seumpamanya. Ia terbina dari sejumlah khazanah ilmu-ilmu Islam yang benar yang ditekuni oleh para ilmuwan dan leluhur silam.
Proses membina semula Pandangan Hidup Islam harus bermula dari setiap individu. Di antara projek yang paling penting ialah gerakan Islamisasi Ilmu-ilmu Semasa (Islamization of the Contemporary Knowledge).3 Ini memerlukan seseorang mempunyai prasarana keilmuan yang ampuh, yang mampu membezakan yang tahyul-mitos dan yang saintifik yang dapat diterima akal. Dengan demikian, ilmu-ilmu yang ketika tamadun Islamnya adalah sesuatu yang murni akan dapat dikembalikan kepada fitrahnya setelah unsur-unsur kekudusan yang telah dinyahkan oleh proses sekularisasi dapat dilakukan. Contoh paling muldah ialah mengembalikan sumber ilmu kepada Penciptanya, Allah s.w.t.4
Hasil dari gerakan Islamisasi ilmu-ilmu Semasa (contemporary sciences) ini, kita dapat menjernihkan semula konsep-konsep asasi seperti makna faham pembangunan yang sebenar,5 faham budaya ilmu, persoalan adab, tujuan akhir pembangunan, makna kebahagiaan dan seumpamanya.
Memahami Peradaban Lain
Islam muncul di pentas sejarah dengan menegaskan semula aspek-aspek agama-agama terdahulu yang telah mengalami pemalsuan dan kekeliruan.6 Aspek-aspek seperti proses sekularisasi perlu ditekuni agar umat tidak terus terperangkap di dalam suatu proses yang sebegitu halus (subtle) ini. Sehubungan ini Profesor Datuk Dr. Osman Bakar mencadangkan `perlunya kajian ilmiah yang lebih tersusun dan mendalam tentang globalisasi.’7
Dengan memahami sejarah dan implikasi peradaban-peradaban lain, kita dapat menghargai kedudukan peradaban Islam berbanding peradaban-peradaban lain ini. Kita juga dapat memahami perbezaan asasi di antara pelbagai peradaban ini dan ini memudahkan kita untuk melakukan dialog peradaban yang lebih bermakna.
Mereformasi Institusi
Proses sekularisasi telah banyak memusnahkan kejernihan dan kemurnian konsep-konsep asasi dalam Pandangan Hidup Islam. Umpamanya faham pembangunan disempitkan hanya kepada pembangunan fizikal, lalu muncullah gejala megalomania.
Faham nasionalisme sempit pula digagaskan di atas semangat kebangsaan yang eksklusif, yang menafikan sumbangan dan kehadiran bangsa-bangsa lain, sedangkan `asabiyyah yang dijelaskan oleh Ibn Khaldun di dalam magnum opus-nya, al-Muqaddimah, lebih bersifat murni dan merupakan sesuatu yang perlu.8 Dengan mengambil konsep nasionalisme sempit tajaan peradaban asing, solidariti umat berkecai dan umat terus berantakan di antara satu sama lain mempertahankan Negara bangsa masing-masing dalam erti kata yang tersangat sempit.
Selepas tragedi 11 September 2001, gejala ini semakin bertambah buruk. Konsep-konsep murni seperti jihad telah disalahtanggapi oleh banyak pihak termasuklah segelintir umat yang apologetic. Gerakan-gerakan Islam yang benar-benar menerima kehadiran proses demokrasi sebagai wahana pentadbiran kenegaraan telah disangsikan oleh pemuka Peradaban Barat. Malah
Yang lebih
Membina Jaringan Dakwah dan Ukhuwwah
Pembinaan jaringan dakwah dan ukhuwwah adalah elemen terpenting untuk mencapai sebuah kesatuan ummah. Ia mengukuh silaturrahim dan merupakan asas terpenting yang dilaksanakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. selepas baginda berhijrah ke Madinah. 9
Generasi muda perlu didedahkan kepada jaringan dakwah yang telah sedia ada yang telah dirintis oleh generasi awal pelopor kebangkitan Islam sejak 1970-an lagi. Pengalaman-pengalaman yang pelbagai ini akan mengkayakan lagi khazanah perjuangan gerakan dakwah yang sering dicemburui ramai pihak. Mencontohi secara kritis susur galur perjalanan dakwah yang telah dirintis oleh generasi awal akan memberi keyakinan tentang cara dan kaedah yang dirasakan sesuai untuk sesebuah generasi. Yang pasti, jaringan ini perlu terus disuburkan agar tidak terungkai separuh jalan.
Melaksanakan Misi Risalah
Umat Islam adalah umat yang menyumbang kepada tamadun kemanusiaan. Misi risalah - rahmatan Lil ‘alamin - perlu dimeratakan di segenap pelusuk: kampung dan
Pembinaan Peribadi Generasi Muda
Ternyata bahawa untuk menghadapi isu-isu dan cabaran terhadap peradaban umat Islam, Perkara yang menjadi prasyarat ialah keperibadian individu Muslim. Lagipun, persoalan membina keperibadian adalah perkara yang paling kritikal kepada mana-mana generasi muda. Tempoh pembentukan adalah tempoh yang rawan yang mendedahkan generasi muda kepada pelbagai aliran, kecenderungan, keinginan dan tindakan. Kekhuatiran pasti timbul sekiranya tenaga muda yang penuh potensi tidak dimanfaatkan secara wajar. Umpamanya, jika potensi ini tidak dijelmakan dalam tindakan, lalu kekal menjadi potensi yang tidak memberi manfaat kepada umat atau jika sekalipun tenaganya dapat digembleng, berkemungkinan pula disalurkan kepada perkara-perkara yang tidak langsung bermanfaat, malah mungkin lebih menjejaskan.
Barangkali di atas potensi besar inilah, maka generasi muda disifatkan sebagai sebuah kekuatan di antara dua kelemahan: kelemahan ketika masih kecil dan kelemahan ketika usia emas.10 Potensi besar ini perlu dididik dan dibimbing. Generasi muda perlu didedahkan kepada ilmu yang benar dan budaya yang betul. Ini akan membina aqidah yang murni dan iman yang kental. Kegagalan menyediakan prasarana kerohanian ini akan membuka ruang yang terlalu luas dan bebas kepada generasi muda untuk menceduk budaya asing yang berlawanan dengan fitrah dan kebiasaan umat dan menyerap masuk faham asing lalu mendatangkan masalah baru yang tidak perlu dan tidak pernah wujud selama ini.
Empat ayat terakhir dari surah al-Anfal menjelaskan ciri-ciri kekuatan yang diperlukan untuk membina umat yang tahan ujian zaman dan lingkungan. Kekuatan inilah yang mencirikan generasi pejuang Perang Badar yang seramai 300 orang itu ketika menentang gelombang musuh berkali-kali ganda hebat dari segi kekuatan dan bilangan mereka.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada Jalan Allah, dan (juga) orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah dari Makkah itu), - mereka ini (semuanya) menjadi rakan-rakan dan pelindung-pelindung antara satu dengan yang lainnya. Adapun orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka tuan hamba tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk memberi perlindungan dan membela mereka sehinggalah mereka berhijrah, tetapi jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat segala apa yang kamu lakukan.
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi pelindung dan pembela bagi setengah yang lain: jika kamu (wahai umat Islam) tidak melakukan ini, (iaitu saling lindung-melindungi antara satu sama lainnya), nescaya akan berlakulah kekacauan dan penindasan di muka bumi, serta kerosakan yang amat besar.
Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah, serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu) - mereka inilah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya: mereka beroleh keampunan bagi dosa-dosa mereka serta limpah kurnia yang teramat mulia (dari Sisi Tuhan mereka)
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah, dan berjihad bersama-sama kamu untuk keimanan, - mereka itu adalah dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut (hukum) Kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalamnya tentang tiap-tiap sesuatu.
Surah al-Anfal: 72-75.
Ayat-ayat di atas menggarisbawahkan
Kedua, hijrah. Umat terbentuk dari mereka yang mempunyai komitmen yang sama untuk berhijrah meningkatkan kualiti peribadi insani, membina tradisi nasihat-menasihati, dan sanggup menerima teguran. Ketiga, berjihad dengan harta dan jiwa. Umat terbina dari mereka yang sanggup berkorban harta dan jiwa dalam melaksanakan misi risalah dan bekerja keras. Keempat, mengamalkan sikap toleransi. Umat terbentuk dari mereka yang meyakini keperluan bertoleransi dalam menangani perbezaan sikap dan pendekatan. Dan kelima, sikap saling tolong-menolong. Umat berlumba-lumba melakukan kebaikan dan tolong-menolong sesama sendiri. Dengan demikian, umat Islam yang terbina di bawah didikan Rasulullah s.a.w tidak pernah mengenal jurang konflik kelas (class conflict) antara golongan hartawan dan lapisan yang papa-kedana. Kesemuanya tergabung di dalam satu kesatuan membina peradaban.
Ketika mensyarahkan ayat-ayat dari surah al-Anfal ini, Almarhum Buya Hamka menyatakan di dalam Tafsir al-Azhar-nya, bahawa ukhuwwah Islamiyyah telah ditanamkan di antara Muhajirin dan Ansar. Kemudian Ikatan ukhuwwah ini dimeratakan kepada generasi generasi penyusul sehinggakan kesatuan persaudaraan ini menjadi ciri utama kekuatan generasi umat Islam awal. Sehinggakan kekuatan silaturrahim ini berkembang ke seantero dunia lalu membentuk kesatuan yang lebih besar dan menyeluruh.12
Penghujung surah al-Anfal ini menyatakan bahawa Tuhan Maha Mengetahui segala apa yang umat manusia belum ketahui ketika zaman mereka. Dani pembentukan sebuah peradaban gemilang dan masyarakat madani di bumi Madinah al-Munawwarah, hasil dari Hijrah yang bersejarah, Islam, sebagai rahmatan li `l- `alamin, keluar melembayungi pelbagai pelusuk dunia melaksana misi dakwah: dari Tanah Besar China hinggalah ke perpantaian Atlantik, termasuklah ke Alam Melayu di mana sebuah lagi peradaban Melayu-Islam dibina dan sekaligus mentransformasi lanskap pemikiran manusia Melayu dan merevolusi kemanusiaannya; menjadi umat Muhammad sehinggalah ke hari Kiamat.
Barangkali wajar kita menghayati sepotong hadith Rasulullah s.a.w:13
Bahagialah bagi orang-orang yang sempat melihatku dan beriman kepadaku; dan berbahagialah, berbahagialah (diulangi Baginda sampai 7 kali) bagi orang yang tidak sempat melihat wajahku, tetapi diapun beriman kepadaku.
Barangkali kita ingin bertanya siapakah role model yang perlu generasi muda teladani untuk membina keperibadian mereka dalam proses melakarkan kegemilangan peradaban Islam. Jawapannya: Rasulullah s.a.w. Sejak muda belia lagi, tiada siapa pun di bumi Makkah yang berani mempertikaikan sikap amanah Baginda di dalam apa jua amal perbuatan. Baginda menjadi model ikutan kepada segenap lapisan umat: lelaki dan perempuan, yang kaya dan yang miskin, yang berpemikiran sophisticated dan yang simple, dari generasi muda dan generasi dewasa. Tidak ada manusia di dalam mana-mana episod sejarah yang tutur katanya, senyumannya, gerak gerinya, tingkah lakunya, kegemarannya, sifatnya dan sebagainya direkodkan secara terperinci dan dikaji oleh ribuan pemikir dan ilmuwan. Baginda diteladani di setiap zaman dan lingkungan, oleh pelbagai kaum dan bangsa, di mana sahaja.
Strategi Menghadapi Cabaran
1. Membina Kekuatan Ilmu
Terdapat beberapa strategi yang boleh dimanfaatkan untuk menghadapi Cabaran pembinaan peradaban. Pertamanya adalah kesediaan generasi muda untuk membina kekuatan intelektual. Generasi muda harus menanamkan keyakinan terhadap konsep life-long learning. Tidak semua di kalangan masyarakat yang berpeluang untuk menjalani pendidikan formal. Namun begitu, generasi muda yang berkesempatan menjalani pendidikan formal sehingga ke peringkat tertinggi sekalipun tidak seharusnya merasa selesa dengan ilmu yang telah diperolehi. Dunia yang dikuasai fenomena maklumat tanpa sempadan atau information without barriers ini menuntut kita untuk berkemahiran mengurus ilmu dan membedakan maklumat yang mungkin mengelirukan.
2. Memanfaatkan Teknologi Maklumat
Jika kita menganalisis kemajuan teknologi maklumat ini melalui perspektif dakwah, maka generasi muda pada hari ini mestilah mengoptimumkan sepenuhnya peluang yang ada untuk menyebarkan Islam di seluruh dunia dengan berbekalkan kemahiran dan kreativiti yang pelbagai. Penyampaian maklumat yang luar biasa kelajuannya menjadikan dakwah yang ingin disampaikan bersifat value-added, justeru meningkatkan kapasiti gerakan dakwah untuk menyerlahkan proses Islamisasi yang melangkaui batas daerah yang terhad. Dakwah dalam era ini harus bersifat service-oriented, mesra mad'u dan tidak sekadar mengharapkan masyarakat menyumbang tanpa kita terlebih dahulu menawarkan penyelesaian pada masalah-masalah asasi masyarakat.
3. Memimpin Idea Dengan Pengkhususan Ilmu
Generasi muda Islam harus mampu memimpin dengan idea. Kita harus kembali kepada
ajaran asas al-Qur'an dan al-Sunnah, di samping merelevankan nilai-nilai ajaran tersebut dengan tamadun-tamadun yang bersentuhan dan yang bertembung dengan kebangkitan Islam serta tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Generasi muda harus memastikan bahawa terdapat pengkhususan ilmu yang menyeluruh bagi bidang-bidang yang kritikal dewasa ini. Allah s.w.t dengan jelas menyatakan di dalam firmanNya di dalam surah At-Taubah, ayat 122 yang bermaksud:
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu pengetahuan mereka tentang ad-din dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."
4. Mengintensifikasi Dialog Peradaban
Al-Qur' an dan al-Sunnah mengandungi rangsangan-rangsangan yang telah mencetuskan perkembangan yang positif dalam kegiatan menyuburkan idea bagi masyarakat Islam menguasai dunia. Bagi memimpin Peradaban dunia, generasi Muda Muslim harus memastikan bahawa mereka sentiasa kaya dengan idea, seperti yang disebutkan oleh Emili Zola, seorang, novelis Perancis, kritik dan aktivis politik di akhir abad ke-19 bahawa “The world must be conquered not by force of arms, but by ideas. By ideas, to liberate, then we can build it anew. Build for the humble and the wretched." Generasi muda juga harus memperkukuh penglibatan mereka dalam pelbagai struktur masyarakat. Representasi yang berkesan akan memudahkan saluran mereka menyatakan perspektif terhadap sesuatu isu dengan jelas dan berkesan. Dalam hal ini, kemahiran dialog peradaban (civilizational dialogue) amat penting untuk dikuasai. Generasi muda harus mempersiapkan diri dengan kefahaman yang baik berkenaan sejarah agama dan budaya mereka sendiri. Mereka juga harus berani mendalami kemahiran berbahasa asing dan memahami aspek-aspek budaya dari tamaddun lain.
Sebagai pendukung pembinaan peradaban, generasi muda harus mencetuskan dialog peradaban secara lebih intensif. Kita dapat mengambil i'tibar dari sejarah Islam sendiri mengenai manifestasi kejayaan dialog di kalangan ilmuwan terdahulu yang menggambarkan standard toleransi dan simbiosis kefahaman tamadun yang tinggi. Hal ini seterusnya tergambar secara praktikal di dalam masyarakat
Kesimpulan
Peradaban yang ingin kita bina semula ini memerlukan teraju kepimpinan yang bukan sekadar sebuah entiti politik. Bagi sebuah masyarakat madam, berpolitik hanyalah salah satu sarana untuk melakukan amal salih, bukan untuk meraih kekuasaan demi kekuasaan. Lantaran itulah kita perlu merakyatkan faham bahawa jawatan dalam sebarang peringkat kepimpinan, dari desa hingga ke mercu negara, adalah amanah dan anugerah Ilahi, dunia dan akhirat. Oleh itu, amanah ini tidak diserahkan kerana penghormatan dan keturunan. Tetapi kerana kualiti akhlak, kemampuan dan keahlian peribadi.14
Sehubungan ini juga, Abdullah Yusuf Ali pernah menulis baris-baris puisi sebagai muqaddimah beliau terhadap surah al-Anfal sebuah surah yang menjelaskan kualiti keperibadian generasi pejuang dalam menghadapi Perang Badar.
Berjuanglah dengan perjuangan yang suci, tetapi janganlah berkelahi
Berkenaan dengan harta rampasan : itu adalah terserah kepada Tuhan
Untuk memberi kurnia. Orang yang mempunyai keimanan bertindak dan taat.
Adalah lebih mulia untuk berjuang bagi Kebenaran
Daripada mencari keuntungan duniawi.
Kepada mereka yang murni imannya Tuhan akan mengurniakan
Pemikiran den persiapan-persiapan untuk mencapai kemenangan.
Mereka tidak lain melainkan berjuang
Tanpa berfikir untuk berpaling ke belakang
Kemenangan hendaklah dinisbahkan kepada Tuhan,
bukan manusia.15
Nota Hujung
1 Pandangan Hidup Islam ini diistilahkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib alAttas sebagai ru'yatu `l-Islam li `l-wujud. Lihat tulisannya, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, terbitan ISTAC. Profesor al-Attas telah menggagaskan semula dan seterusnya memperincikan beberapa konsep utama di dalam kerangka Pandangan Hidup Islam sejak 1960-an lagi.
2 Perbincangan isu ini telah dianjurkan oleh Profesor Datuk Dr. Osman Bakar di dalam kertas kerja beliau yang dibentangkan di Kongres Peradaban Melayu, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, pada tahun 2001.
3. Gagasan Gerakan Islamisasi Ilmu-Ilmu Semasa ini telah dikupas jelas oleh pelopornya, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam bukunya, Islam and Secularism, terbitan ABIM, pada 1978. Walaubagaimanapun, gerakan Islamisasi ini telah digagaskan sejak 1960-an lagi oleh Profesor al-Attas. Di atas inisiatif beliau jugalah, sebuah persidangan Islam diadakan di Makkah pada 1977 di mana beliau menjadi pemidato utamanya. Gagasan Islamisasi Ilmu ini juga telah dijelaskan oleh Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam bukunya, The Educational Philosophy and Practice of S. M. N. Al-Attas: An Exposition of the Concept of Islamization, terbitan ISTAC pada tahun 1998.
4. Mesej inilah yang mula-mula sekali ditegaskan di dalam wahyu yang pertama di dalam surah al-`Alaq.
5 Lihat Wan Mohd Nor Wan Daud (2001) Pembangunan Di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru
Yang Lebih Sempurna, ISTAC,
6 Keseluruhan surah al-Ikhlas menegaskan semula hakikat ketuhanan yang telah diputar-belitkan oleh kaum Nasrani.
7 Lihat kertas kerja beliau, Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban yang telah dibentangkan di Kongres Peradaban
8. Sehubungan ini, ABIM telah menganjurkan Siri Syarahan Pemikiran Ibn Khaldun yang dipimpini oleh Ustaz Uthman el-Muhammady di Sekretariatnya, Anjung Rahmat, pada hari Sabtu minggu kedua setiap bulan.
9 Lihat Ucapan Dasar ABIM, Perbaru Ukhuwwah, Perteguh Wahdatul Ummah, yang dibentangkan di Muktamar Sanawi ABIM ke-31 di Kuala Terengganu pada 7 September 2002.
10 Ini ditekankan oleh Shaykh Yusuf al-Qaradawi di dalam pelbagai tulisan beliau. Malah beliau mengkuliahkan tema yang sama, "Generasi Muda Sebagai Perbendaharaan Umat" ketika beliau dijemput mengadakan siri kuliah dan ceramah di
11 Ahmad Hatta (2001) "Peradaban Yang Bagaimana? Rincian Misi Negara Tauhid Madinah", Majalah Suara Hidayatullah, Julai 2001. Lihat lama web httpa/www.hidayatullah.com/
12 Hamka (1984) Tafsir al-Azhar, Juzu' 10, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, halaman 2831.
13 Dikutip dari Tafsir al-Azhar, halaman 2831.
14 Lihat Ahmad Hatta (2001) "Peradaban Yang Bagaimana? Rincian Misi Negara Tauhid Madinah", Majalah Suara Hidayatullah, Julai 2001. Lihat lama web httpa/www.hidayatullah.com/
15 Abdullah Yusuf Ali (1992) Al-Qur'anu `l-Karim: Terjemahan dan Huraian Maksud, Jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Pendahuluan Surah alAnfal, halaman 781. Abdullah Yusuf Ali meninggal dunia di London pada tahun 1953 ketika berusia 81 tahun, hampir 20 tahun selepas beliau menterjemah al-Qur'an ke dalam bahasa Inggeris.