Selasa, 17 Julai 2007

Profail PPIK


MUKADDIMAH

Ke arah pembinaan generasi pelajar yang komprehensif, memerlukan tenaga muda yang diberikan kebebasan untuk membina dasar disamping memperlihatkan kesan sejarah pimpinan terdahulu supaya proses transisi kepimpinan dapat diserahkan kepada generasi muda dengan memiliki daya pengalaman kepimpinan yang tidak bermula daripada sifar.

Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) adalah satu gagasan Islami yang menumpukan keperluan latihan pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang diperolehi pimpinan lalu. Ini membolehkan generasi baru akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin tersebut.

PPIK merupakan sebuah badan Pelajar Islam yang bertindak menguruskan organisasi dan kepimpinan peringkat pelajar. PPIK merupakan badan gabungan negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang berfungsi sebagai Badan Perhubungan ahli negeri Kelantan yang berada di seluruh negeri.

Matlamat penubuhan PPIK bertujuan untuk menghasilan kumpulan pelajar Islam yang dinamik dimana kumpulan ini akan mempelopori perubahan sosial dengan memproleh ilmu dan kebijaksanaan serta mengamalkan dakwah dengan persepsi dan komunikasi yang meyakinkan dan efektif.


ILTIZAM
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang pada jalan-Nya dalam keadaan satu saf seumpama satu bangunan yang kukuh”
(Surah As-Saff : 4)
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan yang beriman perempuan, sebahagian mereka merupakan pembantu kepada sebahagian yang lain. Mereka menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, mendirikan solat dan menunaikan zakat serta mentaati Allah dan RasulNya. Mereka itulah akan dikurniakan rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana”
(Surah At-Taubah : 71)


Kaedah yang akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut adalah dengan menawarkan program latihan yang akan memberikan pengalaman berharga untuk meningkatkan komitmen, menambah ilmu, dan membina kemahiran berkomunikasi, mentadbir serta merancang. Selanjutnya, program yang akan diwujudkan bertujuan ;


· Meningkatkan keupayaan fizikal dan teknikal .

· Membentuk sikap kumpulan yang sihat.

· Menggalakkan peningkatan kerohanian.

· Mengasuh mentaliti positif dalam menyelesaikan masalah.


TRANSISI SISTEMATIK

PPIK yang ditubuhkan ini berusaha untuk memindahkan pengalaman orang yang lebih tua kepada yang lebih muda dalam format yang berpadu ( transisi sistematik). Penumpuan gerakkerja lebih kepada melakukan pembaharuan dan menyelesaikan apa yang ditinggalkan oleh kumpulan kepimpinan yang lalu supaya kesilapan tidak berulang dan dapat meneroka stretegi baru, bukan hanya meniru kepimpinan lalu.

Dalam intipatinya, PPIK akan cuba menghasilkan generasi yang mengetahui keperluan mereka yang menjadi sebahagian dari penyelesaian, bukannya sebahagian daripada masalah. Dengan wujudnya PPIK, para pimpinan siswa dan siswi Islamik bukan sahaja dapat meningkatkan diri, malah persembahan kumpulan mereka. Pimpinan akan dapat mengaplikasikan serta mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains dakwah serta bagaimana untuk melaksanakannya.

PENUTUP

Semoga PPIK dapat memimpin generasi muda khususnya di Kelantan mengenai pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi, termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen , muktamar, mukhayyam , tamrin qiadi dan lain-lain.


Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.