Sabtu, 14 Julai 2007

LIQA' UKHWAH PELAJAR ISLAM KELANTAN


Pada 14 Julai 2007 (Sabtu) , Satu pertemuan Liqa' Ukhwah Pelajar Islam Kelantan telah dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Pelajar Islam kelantan (PPIK) dengan kerjasama ABIM Kelantan bertempat di Bilik Syura Pusat Dakwah ABIM Kelantan. Majlis bermula jam 9.30 pagi ini dihadiri oleh 20 orang Pelajar Islam yang terdiri daripada penuntut Kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Sultan Ismail College (SIC).


Program bertujuan untuk memperkenalkan Badan Pelajar Islam PPIK kepada penuntut tersebut disamping membuat beberapa pengisian ilmiah serta diskusi. Majlis dikendalikan oleh Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM , Saudara Faizul Afzan. Majlis dimulakan dengan sesi taaruf peserta dan kemudiannya ditayangkan video pengenalan ABIM Kelantan Dan PPIK.

Selesai sahaja tayangan video, majlis diteruskan dengan perbentangan Siri Liqa' Pelajar Islam bertajuk "Persiapan Pelajar Islam Mendepani Arus Perdana" yang disampaikan oleh saudara Faizul Afzan. Beliau telah menggariskan 7 cabaran yang perlu di hadapi oleh generasi muda serta persiapan yang perlu sebagai generasi pelajar Islam.

Selepas sahaja perbincangan, satu sessi diskusi mengikut kampus masing-masing telah dilaksanakan bagi membincangkan tentang persiapan mengenai tanggungjawab mereka menangani isu disekitar kampus serta perancangan untuk pembinaan jatidiri mereka sebagai pelajar Islam. Kemudian kumpulan kampus tersebut membuat perbentangan kepada peserta mengenai hasil perbincangan mereka.

Majlis berakhir pada jam 2.30 petang dengan nyanyian Lagu Tema PKPIM, Hidup Biar berjasa dan bacaan doa penutup.

Koleksi Gambar Program

Sessi Taaruf

Peserta Ikhwah, turut hadir saudara Abdullah (IOA) dan Ustaz Hakim
(Exco Dakwah ABIM Kelantan)

Peserta Akhawat

Sesi Taaruf peserta
Sesi Taaruf peserta

Peserta program

Peserta program di sesi taaruf

Perbentangan saudara Faizul Afzan

Perbentangan Faizul Afzan
Perbentangan Faizul Afzan


Tayangan video ABIM Kelantan
Persiapan Pelajar Islam mendepani Arus Perdana

Persiapan Pelajar Islam mendepani Arus Perdana

Persiapan Pelajar Islam mendepani Arus Perdana

Sessi perbincangan Kumpulan (SIC)

Sessi perbincangan Kumpulan (KUIS)
Sessi perbincangan Kumpulan (KIAS)
Sessi perbincangan Kumpulan (SIC)
Sesi Perbentangan (KUIS)
Sesi Perbentangan (SIC)

Sesi perbentangan (KIAS)

Peserta bersemangat membuat perbentangan
Menyanyikan lagu Hidup Biar Berjasa
Menyanyikan lagu Hidup Biar Berjasa
Faizul Afzan mengetuai nyanyian.

Peserta menjamu selera.

Peserta menjamu selera.

Peserta menjamu selera.
Peserta menjamu selera.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.