Rabu, 18 Julai 2007

SIARAN MEDIA 18 JULAI 2007/ 3 REJAB 1428:


PKPIM KESAL DENGAN SIKAP UNIVERSITI MALAYA MENGHINA INTELEKTUAL

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa kekesalan yang dilakukan oleh jawatankuasa sebuah kolej di Universiti Malaysia ketika sambutan pelajar baru sesi 2007/ 2008. Menurut laporan daripada seorang ibu, bahawa jawatankuasa kolej tersebut telah mendebatkan suatu isu yang langsung tidak membina pemikiran dan akhlak dengan membincangkan “Adakah Bagus Seks Sebelum Makan atau Selepas Makan?”.
PKPIM berpandangan Universiti Malaysia sepatutnya bertanggungjawab memantau seluruh perjalanan minggu orientasi kemasukan pelajar baru. Isu yang dibincangkan itu mempamerkan satu penghinaan intelektual yang paling teruk, yang melihatkan kedangkalan akhlak dan adab penganjur debat tersebut.
Sebagai pelajar baru, mereka sepatutnya diberi pengisian yang bermotivasi, berilmu ke arah membina akhlak mulia. Isu tersebut satu sikap kurang ajar dan mempermainkan kredibiliti institusi pengajian tinggi tertua di Malaysia.
PKPIM melihatkan sudah ada kecenderungan pihak yang angkuh dan anti- nilai baik memimpin pentadbiran universiti di Malaysia . Golongan ini tidak ada naluri untuk memimpin anak bangsa, sebaliknya sekadar mengekalkan kekuasaan dan merosakkan anak bangsa. Kes di Universiti Malaya ini adalh contoh dalam banyak- banyak contoh.
PKPIM bertegas agar Universiti Malaya mengambil tindakan ke atas jawatankuasa kolej termasuk jawatankuasa minggu orientasi atas tindakan tidak bertanggungjawab menganjurk debat tidak bermaruah ini.

MOHD HILMI RAMLI
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
820415- 08- 031
019- 3068241
Anjung Rahmat, Bt 6,
Jalan Gombak , 53100
Kuala Lumpur
03- 61879520 (tel)
03- 61842570 (fax)

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.