Khamis, 18 September 2008

Ihya' Ramadhan PPIK


Alhamdulilah,buat pertama kalinya PPIK Kampus Luar telah berjaya mengadakan Ihya’ Ramadhan pada 14 Ramadhan 1429h atau 14 September 2008 yang lalu.Program ini boleh dikatakan dirancang secara tiba-tiba kerana kami mempunyai masa dalam 2 minggu sahaja untuk menjalankan gerak kerja ini.


Tetapi,Alhamdulilah kerana Allah mengizinkan program ini dijalankan sekalipun ada sedikit masalah.Pengarah Program iaitu Syahiran dan beberapa ahli gerak kerja program seperti Kak Mija,Izuwan,Khadijah,Juwairiah,Aemy bertungkus lumus dalam memastikan apa yang dirancang ini dapat dijalankan.


Program Ihya Ramadhan ni bermula pada jam 10 pagi di Kolej Darul Hikmah,Kajang.Kami memilih tempat itu kerana pada hari sebelumnya diadakan Iftar Jamaie PKPIM+ABIM+WADAH yang bermula pada petang hari sehingga tamat solat Terawih.Jadi,kami mengambil keputusan untuk terus bermalam di tempat itu untuk meneruskan program Ihya Ramadhan pada esok hari.


Pada mulanya,seramai 7 orang yang datang awal di KDH iaitu Syahiran(KUIS),Kak Mija dan Izuwan,Aemy,Khadijah,Suliati dan Maziah(UIAM Gombak).Sebelum bermulanya majlis,kami sebagai tenaga penggerak dan peserta bersama-sama menyusun kerusi dan meja di bilik syura sebagai tempat aktiviti kami.Apabila jam hampir menunjukkan pukul 10pagi,datanglah pula 2 orang ANIS PPIK Pusat Asasi UIA Nilai iaitu Alia dan Faizah.Aktiviti kami bermula dengan modul ta’aruf yang di ketuai oleh kak Mija.Modul ta’aruf ini berkaitan dengan simbol diri setiap ahli kumpulan.


Aktiviti ta’aruf tergendala kerana penceramah untuk slot yang pertama daripada Ustaz Ahmad Saparuddin iaitu exco Penerangan ABIM PUSAT telah datang.Jadi,kami teruskan dengan slot pertama yang bertajuk ‘Bukan Kerana Nama’.Secara ringkasnya,ustaz Ahmad Saparuddin banyak menekankan asas di dalam membuat pilihan dalam diri seorang da’ie.


Menurut ustaz,di dalam kehidupan ini,kita diberi pilihan sama ada jalan yang luas atau jalan yang sempit.Hanya orang yang terpilih sahaja berjaya mengambil jalan yang sempit kerana ia adalah jalan yang mencabar dan memerlukan kekuatan pada diri seseorang untuk terus beristiqamah di dalam jalan itu.Oleh sebab itulah,dalam membuat pilihan kita perlu mengetahui asasnya.Apakah asas itu??Asas yang sangat penting iaitu keimanan kita atau komitmen kita kepada agama Islam.Maknanya,semakin tinggi komitmen kita pada agama,semakin tinggilah iman kita.


Ustaz juga menerangkan antara peringkat-peringkat cabaran yang memerlukan kita dalam membuat pilihan yang tepat iaitu: sewaktu zaman remaja sama ada di peringkat persekolahan atau peringkat tinggi,sewaktu berada dalam tahun akhir pembelajaran,selepas mendapat ijazah pengajian dan selepas berkahwin serta mempunyai keluarga besar.


Perkara-perkara di atas merupakan cabaran kerana menyebarkan dakwah adalah tugas terbesar Rasulullah S.A.W. dan tugas dakwah ini tiada pengakhirannya dan tugas inilah yang menunjukkan salah satu komitmen kita kepada Islam.


Kira-kira jam1.00 tengah hari,slot pertama ini berakhir.Beberapa minit kemudian,datang wakil Pusat Asasi Petaling Jaya iaitu Hassan dan senior PPIK iaitu Saudara Aisy Anuarin dan penceramah kedua iaitu saudara Hasnul Hanif menyertai kami.Kami dibenarkan rehat dan pada jam 2.30 petang, slot kedua diteruskan di atas tajuk ‘Peranan BGN(Badan Gabungan Negeri’ kepada PKPIM pusat’.


Antara perkara penting yang disampaikan oleh saudara Hasnul ialah asas kekuatan PKPIM pusat adalah melalui anak negeri yang ada termasuklah PPIK (Pembimbing Pelajar Islam Kelantan).Ini kerana BGN mempunyai peranan di dalam menyalurkan idea-idea intelektual kepada PKPIM pusat,BGN juga amat penting dalam membantu kaderisasi ahli mereka kepada PKPIM pusat dan juga BGN perlu memberi kefahaman yang jelas kepada ahli-ahli mereka tentang PKPIM pusat dan kehadiran senior-senior dari BGN juga penting dalam memberi cadangan dan menasihati PKPIM pusat.


Saudara Hasnul juga menyatakan harapannya kepada pengukuhan BGN terutamanya PPIK yang dalam proses berkembang ini iaitu melalui peringkat ahli dahulu dengan mewujudkan pembudayaan ilmu dan beriltizam dengan isu semasa.


Selepas tamatnya slot daripada saudara Hasnul,kami berhenti rehat untuk solat Asar dan kemudiannya diteruskan resolusi PPIK.Resolusi ini bermula dengan penyusunan organisasi PPIK Kampus Luar dan seterusnya kami merancang sedikit program untuk menghimpunkan ahli-ahli PPIK yang baru mahupun lama dan dalam masa yang sama kami cuba mengkader ahli-ahli PPIK yang baru.


Pada waktu petangnya,datang pula HEWI PKPIM pusat iaitu saudari Akmariah dan saudari Lina Mursyidah untuk sama-sama mengimarahkan iftar dan Maghrib bersama.Berakhirlah program Ihya Ramadhan ini dengan iftar dan solat Maghrib.Alhamdulilah,perjalanan program kami dapat dijalankan dengan baik.Semoga PPIK akan bersatu hati dan beristiqamah untuk meneruskan tugas besar ini dalam membentuk tamadun khairah ummah.Semoga Allah sentiasa memberkati dan memimpin kita ke jalan-Nya.



Kak mija (Peace) dengan ajk yang lain + peserta yang hadir


Abg Saparuddin ( Exco Penerangan ABIM)


Abg Hasnul Hanip ( tgh bercakap)




ANIS dari kiri; ukht.Aemy Elyani(UIA Gombak),ukht.Wan Faizah (UIA Nilai),ukht.Alia Farhana (UIA Nilai),Ukht.Maziah (UIA Gombak),ukht.Siti Khadijah(UIA Gombak) dan ukht.Suliati (UIA Gombak)

Duduk dari kiri; akh.Hassan(UIA P.J),akh.Syahiran(KUIS) dan akh.Izuwan(UIA Gombak)


Sekian,terima kasih.


Disediakan oleh,


Aemy Elyani Mat Zain

ANIS,KPIK

UIAM GOMBAK.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.