Selasa, 29 Jun 2010

2 hari berturut turut Gaza sudah bergelap.



Selasa, 29/06/2010 -Penduduk Gaza menderita dalam kegelapan dan berikutan ketiadaan elektrik dalam tempoh yang amat panjang melebihi daripada dua hari. Syarikat pembekal elektrik di Semenanjung Gaza, meminta semua negara-negara Arab mengambil sikap positif yang berkesan untuk membantu menyelesaikan situasi sulit yang dihadapi penduduk Gaza ini sejak pusat janakuasa Gaza berhenti sepenuhnya menghasilkan tenaga elektrik.

Salam kenyataan tersbut, syarikat itu mendesak negara-negara Arab membiayai bahan api yang diperlukan bagi membantu satu-satunya pusat janakuasa Gaza beroperasi semula atau sekurang-kurangnya menyumbang ke arah itu sambil menunjukkan defisit sebanyak 60% daripada sebahagian jumlah sebenar keperluan tenaga elektrik wilayah Gaza iaitu 300 megawatt. Hanya 137 megawatt dibekalkan setelah penamatan janakuasa dilakukan.

Syarikat itu juga menyatakan jumlah tenaga yang tertinggal pada kesemua meter dan keperluan Semenanjung Gaza akan sampai pada tahap kecemasan yang mencerminkan secara matematiknya kuantiti sedia akan diedarkan kepada semua pihak dengan kemampuan memberikan bekalan setiap daerah hanya 6 jam sehari (atau kurang) dengan ketiadaan elektrik selama 14-21 jam antara tempoh tersebut. Syarikat itu menekankan bahawa mengurangkan tempoh kuasa akan menyebabkan risiko yang akan menjangkau semua sektor di Gaza terutama sekali sektor air, perkhidmatan kesihatan, kemudahan perubatan dan perkhidmatan asas kemanusiaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.