Khamis, 1 Julai 2010

Al-Asy’al mengutuk sikap Mesir terhadap HAMAS


Khamis, 01/07/2010 - Seorang bekas diplomat dan pensyarah dalam bidang sains politik di beberapa buah universiti Mesir, Abdullah al-Asy’al (gambar) mengkritik cara Mesir mengambil pendirian terhadap isu sekatan yang dikenakan ke atas Genting Gaza dan terhadap HAMAS yang memerintah genting tersebut.

Dalam kenyatan yang diberikan kepada al-Quds Press, beliau menegaskan Kaherah adalah rakan kongsi utama dalam sekatan terhadap Gaza. Ia adalah pihak yang memihak kepada Presiden Mahmud Abbas yang sentiasa menghalang daripada tercapainya apa sahaja perdamaian nasional. Beliau juga berkata: “Di Mesir, isu Gaza mempunyai dua sudut. Pertama pintu sempadan Rafah yang berhubung dengan sekatan yang dikenakan terhadap Genting Gaza, yang Mesir turut serta dalam menutup pintu sempadan tersebut. Dengan tindakan tersebut, Mesir menunjukkan keikhlasannya kepada Israel sekalipun pelbagai amaran telah diberikan. Dengan itu juga, Mesir mewujudkan pertelingkahan dengan HAMAS kerana Kaherah mengaitkan penutupan pintu sempadan itu dengan penjagaan kepentingannya.”

Beliau juga menolak kemungkinan perdamaian di antara HAMAS dan Fatah dengan berkata: “Pada pendapat saya, perdamaian antara HAMAS dan Fatah tidak akan berlaku. Perbezaan antara keduanya amat besar. Kedua-duanya mempunyai agenda sendiri. Agenda HAMAS berbentuk nasiolis Islam bagi membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf regim Zionis. Sementara Mahmud Abbas pula tidak akan kekal berkuasa melainkan dalam dakapan Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.