Khamis, 1 Julai 2010

Zahhar : 8 kapal menuju ke Gaza bulan hadapan.


Khamis, 01/07/2010 - Pemimpin Politik Hamas, Mahmoud Zahhar, menyatakan bahawa terdapat 8 buah kapal pembebasan yang mungkin akan ke Genting Gaza dalam dua bulan ini nanti. Zahhar menambah bahawa kapal tersebut akan bertolak dari Teluk Arab.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Britain, The Independent pada hari Isnin, pemimpin Hamas itu manyatakan yang beliau telah dimakluman di Teluk, sekurang-kurangnya terdapat 8 buah kapal akan bergerak ke Gaza selepas acara World Cup 2010 tamat.

Apabila ditanya tentang kemungkinan Iran akan menyertai misi flotilla terbaru itu, Zahhar menjawab “Kenapa tidak? Dan Iran juga mempunyai hak untuk memberi bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada Gaza”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : faizul

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 

Laman Pelajar Islam Kelantan | PPIK Copyright © 2010 Premium Wordpress Themes | by Media PPIK.